Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 November, 2009

Projek bernilai lebih 6 angka untuk majukan dua kampung di Betong kata Uggah


Caption: SEDIA BERKHIDMAT…..Uggah menyampaikan sijil perlantikan kepada Penasihat JKKK Rumah Panjang Tr Mara, Serudit B Dundang ak Jeli dalam majlis itu, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Friday, Romie, Lawson Chuat dan Tr Mara.

BETONG, Ahad (1 Nov) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) membelanjakan sebanyak RM590,500 untuk membangunkan kawasan rumah panjang Tr Mara, Serudit B dan Jeffery Bangai, Serudit A supaya mereka menikmati kehidupan yang lebih selesa selepas ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Uggah anak Embas berkata, peruntukan itu termasuklah projek pembekalan air bersih, membaiki pulih rumah panjang dan membina sistem perparitan di dua buah rumah panjang terbabit.

“Peruntukan bernilai RM60,000 bagi membina parit di rumah panjang itu sudah diluluskan dan tambahan RM100,000 lagi akan disalurkan pada tahun depan.

“Selain itu kerajaan juga telah memperuntukan sejumlah RM400,000 bagi membekalkan air bersih yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan RM10,500 untuk membaikpulih kedua-dua rumah panjang tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sijil JKKK dan Perasmian Biro Wanita Rumah Panjang Tr Mara, Serudit B, Betong, kelmarin.

Selain itu Uggah menerusi majlis itu juga turut memperuntukan sejumlah RM20,000 untuk membina gelanggang sepaktakraw dan gelanggang Badminton untuk golongan belia dari dua rumah panjang berkenaan.

“Walaupun rumah panjang Serudit terbahagi kepada dua iaitu A dan B tetapi saya menganggap ia adalah 1 Serudit. Justeru kedua-dua rumah panjang ini menerima peruntukan yang sama rata daripada kerajaan,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, Residen Betong, Romie Sigan Daniel, Pegawai Daerah Betong, Friday Belik dan para pegawai kerajaan.

Tamat....



No comments:

Post a Comment