Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 November, 2009

Perlengkapkan diri anak dengan ilmu ICT ujar Masir


Caption: PENGHARGAAN...Masir (tengah) sedang menerima cenderatama daripada Tr Juntik (kiri) sambil disaksikan oleh Leonard (kanan) ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini.

PANTU, Rabu (18 Nov) – Anak-anak harus diperlengkapi dengan ilmu Teknologi Komunikasi dan Internet (ICT) demi menghadapi era globalisasi pada zaman sekarang nasihat Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat.

Kemudahan ICT kini menurut beliau telah mula digunakan dengan luas di seluruh dunia yang secara tidak langsung menuntut anak-anak agar tidak ketinggalan dalam memanfaatkan penggunaan teknologi terbabit di masa akan datang.

“Anak-anak harus menguasai ilmu ini (ICT) sekiranya mahu kekal berdaya saing. Ini kerana dunia pada waktu kini sudah beralih kepada penggunaan kemudahan tersebut yang mencakupi fungsi segala bidang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Sekolah Kebangsaan (SK) Selanjan 2009 bertempat dewan serbaguna sekolah berkenaan di dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Penguasaan anak-anak terhadap ilmu ICT terbabit menurut Masir juga sekaligus dapat membantu negara melahirkan golongan modal insan berkualiti bagi tujuan pembangunan negara pada masa akan datang.

“Malaysia memerlukan barisan kepimpinan baru yang boleh memacu pembangunan negara pada era globalisasi sekarang lebih-lebih apabila dunia sudah mula dikuasai menerusi penggunaan kemudahan ICT dalam pelbagai bidang.

“Justeru kita boleh membiarkan anak-anak tidak menguasai bidang terbabit pada masa sekarang. Ibubapa dan guru harus bekerjasama mulai sekarang untuk memastikan generasi muda kita menguasai ilmu ICT ini bermula dari peringkat akar umbi,” katanya.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Selanjan, Leonard libau dan Yang Dipertau Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Selanjan, Tuai Rumah Juntik anak Jampong.

Beliau pada majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada PIBG SK Selanjan bagi membolehkan pelbagai aktiviti diadakan di sekolah itu selepas ini.

Majlis Makan Malam SK Selanjan ini turut diserikan lagi dengan majlis meraikan Wellington Akir anak Jangan yang telah berkhidmat sebagai Yang Dipertua PIBG sekolah terbabit bermula 1999 hingga 2008.

Tamat.


No comments:

Post a Comment