Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 November, 2009

Pergolakan politik di Malaysia akan pulih kata Snowdan


Caption: SIMBOLIK...Masir (tengah) sambil disaksikan oleh Snowdan (kiri) dan Tr Gana (dua kanan) ketika menyempurnakan upacara memotong kek sempena majlis itu baru-baru ini.

SIMUNJAN, Khamis (12 Nov) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan yakin bahawa pergolakan politik di Malaysia dijangka akan pulih selepas pilihan raya umum di negara ini.

Ini kerana pergolakan politik yang sedang berlaku di antara parti pembangkang pada masa sekarang menurut beliau akan membolehkan parti Barisan Nasional (BN) menegakkan kembali pengaruh mereka secara menyeluruh terhadap rakyat selepas ini.

Tambahan pula menurut beliau pertelingkahan politik di antara Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demoktarik (DAP) dalam Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah menonjolkan kelemahan mereka di mata rakyat.

“Apabila Pakatan Rakyat (PR) telah lemah maka BN akan kembali mendapat tempat di hati rakyat dalam negara ini. Dengan kata lain rakyat akan mengecapi semula keamanan politik seperti mana yang pernah dirasai oleh mereka sebelum ini,” katanya.

Snowdan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Balai Raya bertempat di Rumah Robert Gana Jampong, Kampung Kesindu dalam daerah kecil Simunjan, Kota Samarahan di sini baru-baru ini.

Sementara itu beliau juga mengesa semua Tuai Rumah atau Ketua Kampung untuk lebih kerap mengunjungi Pejabat Daerah yang berhampiran untuk mengetahui rancangan terkini kerajaan mengenai program pembangunan di kawasan masing-masing.

Dengan berbuat demikian Tuai Rumah menurut Snowdan akan dapat memastikan anak buahnya tidak ketinggalan dalam segala rancangan pembangunan oleh kerajaan dari masa ke semasa.

“Ada Tuai Rumah yang cuma duduk di kampung untuk menunggu kerajaan datang kepada mereka dan memaklumkan segala rancangan pembangunan di kawasan masing-masing.

“Tindakan ini tidak wajar kerana ia boleh membuatkan kampung mereka ketinggalan dari segi program pembangunan berbanding lain-lain Tuai Rumah yang berbuat demikian,” katanya sambil menambah bahawa Tuai Rumah perlu mengetahui selok-belok rancangan pembangunan itu agar ia mudah dijelaskan kepada rakyat selepas ini.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat, Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) kawasan Simunjan, Danny Edward, Temenggung Anthony Nipa, Tuai Rumah Robert Gana Jampong, Setiausaha Parti Rakyat Sarawak (PRS) Balai Ringin, Abah Unggie, wakil jabatan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Snowdan pada majlis itu telah mengumumkan peruntukan bagi tahun 2009 berjumlah RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kesindu dan RM3,000 kepada Tr Jepit, Kampung Spaoh Raba, Simunjan hasil peruntukan menerusi program e-khas.

Tamat.

No comments:

Post a Comment