Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 November, 2009

Penduduk Kpg Hilir dapat timun panjang 18 inci


Caption: UNIK..Tahir ketika menunjukkan buah timun uniknya kepada pemberita di sini hari ini.

SRI AMAN, Selasa (17 Nov) – Seorang penduduk dari Kampung Hilir, Sri Aman terkejut apabila salah satu tanaman timun dikebun milik keluarga nya menghasilkan saiz buah yang luarbiasa di sini hari ini.

Tahir Brahim, 49, ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini menjelaskan beliau mula mengesan kelainan saiz salah satu biji buah timun di kebun miliknya semenjak seminggu yang lepas.

Dengan panjang buah timun terbabit menjangkau panjang 18 inci dan lima inci bagi ukuran diameternya, saiz buah berkenaan menurut beliau telah melepasi ukuran panjang normal saiz buah timun iaitu antara lapan hingga 10 inci.

“Ini kali pertama saya mendapat buah timun pada saiz ini. Tidak pernah saya dengar di Sri Aman ini adanya buah timun yang boleh menjangkau ukuran panjang 18 inci berbanding ukuran panjang normalnya iaitu 10 inci (maksimum),” katanya.

Ketika ditanya bagaimana beliau memperoleh biji benih buah berkenaan, Tahir menjelaskan bahawa biji benih buah tersebut telah dibeli oleh beliau daripada seorang peniaga ketika berkunjung ke Pasar Tamu, Sri Aman bulan September lepas.

Bagaimanapun yang peliknya menurut beliau adalah hanya cuma satu sahaja daripada keseluruhan biji benih terbabit yang menghasilkan buah timun dengan saiz menjangkau 18 inci.

“Inilah keistimewaan buah timun yang diperolehi saya hari ini. Saya bercadang akan mengambil semua biji di dalam buah timun ini untuk diternak kembali di kebun saya selepas ini.

“Saya percaya buah timun unik ini mampu melahirkan baka timun yang lebih baik apabila ditanam kembali dengan harapan agar saya mampu mendapat baka buah yang lebih besar berbanding sebelumnya,” menurut beliau.

Tamat.




No comments:

Post a Comment