Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 November, 2009

Pekebun kecil dan pengusaha ladang perlu bekerjasama tingkatkan keluaran getah negara kata Dompok


Caption: TERTARIK...Benard (kanan) sedang mendengar penjelasan daripada Grunsin (kiri sekali) mengenai mesin pelerai lada sambil disaksikan oleh Mussen (tengah) ketika berlangsungnya majlis hari ini.

LUBOK ANTU, Rabu (25 Nov) – Kerajaan mengalakkan wujudnya hubungan kerjasama di antara pengusaha ladang besar dan pekebun kecil getah untuk mempertingkatkan lagi kadar keluaran tahunan komoditi terbabit di Malaysia selepas ini menurut Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Benard Giluk Dompok.

Ini kerana Malaysia kini hanya menghasilkan sejumlah 1.3 hingga 1.4 tan metrik getah setahun bagi satu hektar tanaman komoditi tersebut berbanding 1.8 tan metrik setahun untuk Thailand dan 1.6 tan metrik setahun untuk Vietnam.

“Saranan ini mengalakkan para pengusaha ladang besar getah kita untuk membantu golongan pekebun kecil dari segi bantuan teknologi dan perkongsian kepakaran bagi penanaman komoditi terbabit.

“Pengusaha ladang besar perlu menyemai sikap tanggungjawab sosial korporat masing-masing demi membolehkan Malaysia mempertingkatkan kadar keluaran getah setahun berbanding dengan Thailand dan Vietnam,” menurut beliau.

Benard berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan Program Pemimpin Bersama Pekebun Kecil Sektor Komoditi bertempat di Rumha Johnson, Kaong Ili, Lubok Antu di sini hari ini.

Usaha terbabit menurut beliau juga secara tidak langsung dapat membantu kira-kira 40 peratus pekebun kecil komoditi Sawit negara yang kini berdepan dengan masalah pembelian baja oleh golongan terbabit.

“Rata-rata pekebun kecil menghadapi masalah sukar untuk memperolehi baja dengan harga yang rendah. Justeru itu pekebun kecil perlu bergabung usaha dengan pengusaha ladang besar untuk menyelesaikan masalah ini bagi jangka masa panjang,” menurutnya.

Terdahulu Bernad menerusi ucapannya pada majlis itu berkata bahawa golongan pekebun kecil di negara ini masih kekal sebagai tunjang industri komoditi Malaysia pada masa sekarang.

Ini menurut beliau terbukti apabila hampir 95 peratus projek perladangan getah dan 45 peratus projek perladangan sawit Malaysia diusahakan oleh ,para pekebun kecil di seluruh negara ini.

“Ia membuktikan bahawa penglibatan pekebun kecil amat penting bagi memastikan industri komoditi negara terus kekal dan berdaya saing di masa akan datang,” katanya sambil mengumumkan peruntukan bagi tahun 2010 bernilai RM30,000 kepada JKKK Rumah Johnson

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia (Grunsin Ayom), para pengerusi lembaga, ketua kaum dan pegawai kerajaan dalam daerah ini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment