Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 November, 2009

Nyalau kesal kes guru rogol pelajar


Original pix by Uding Ragai,


SK Engkilili No.2


Caption: RASMI..Nyalau (kanan) dan Rayong (kiri) bersama para tetamu khas ketika merasmikan upacara memotong kek pada majlis terbabit.

ENGKILILI, Selasa (17 Nov) – Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak melahirkan rasa kesal berhubung kes rogol oleh seorang guru terhadap lima orang murid perempuan di sebuah sekolah rendah dalam kawasan Lubok Antu baru-baru ini.

Terdahulu seorang guru lelaki berusia 27 tahun telah ditahan oleh pihak polis di kediamannya sebelum ini berhubung kes liwat dan rogol terhadap lima orang murid berusia tujuh hingga 10 tahun di sebuah sekolah dalam kawasan Lubok Antu semenjak tahun 2006 dahulu.

“Saya berasa malu apabila mendapat tahu mengenai kes ini. Sudah tentunya sebagai seorang wakil rakyat saya berasa amat kesal kerana warga pendidik kita sanggup melakukan jenayah seks ini terhadap murid-murid.

“Kes ini secara tidak langsung menunjukkan saspek terbabit sebagai seorang individu yang tidak bertanggungjawab kerana dia gagal melaksanakan tugasnya selaku seorang warga pendidik di sini,” katanya.

Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Engkilili No.2 bersempena dengan Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah Murid Tahun 6 sekolah terbabit di sini baru-baru ini.

Sambil berharap agar kes ini dapat diselesaikan segera oleh pihak polis, Nyalau mahu agar warga pendidik dari sekolah dalam daerah ini tidak melakukan jenayah berkenaan di masa akan datang.

Sementara itu beliau juga menasihatkan ibubapa agar memberikan keutamaan dan tumpuan sepenuhnya terhadap aspek pendidikan anak-anak demi memenuhi kapasiti modal insan di masa akan datang.

“Justeru saya meminta ibubapa dalam daerah ini untuk lebih serius mengadakan hubungan kerjasama dengan pihak sekolah demi menjayakan program pendidikan di sekolah selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Guru Besar SK Engkilili No.2, Kulok anak Laga, Penghulu Michael Derin dan para ketua kaum dari sekitar daerah ini.

Nyalau pada majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Tabung Pendidikan SK Engkilili No.2 manakala Rayong pula mengumumkan peruntukan bernilai RM3,000 untuk tujuan yang sama.

Tamat.



No comments:

Post a Comment