Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 November, 2009

Mong minta golongan cerdik pandai bantu beliau bangunkan negeri


Caption: BERANDAU ......Mong (kiri) sedang berandau dengan tetamu yang hadir dalam majlis itu.

by Edwin Raoh


SRI AMAN, Ahad (29 Nov) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Begunan Mong anak Dagang mengajak golongan cerdik pandai dalam kawasan DUNnya untuk memberi idea serta membantu beliau bagi memajukan kawasan ini.

Mong juga bersedia untuk menerima idea dan pandangan daripada rakyat terutamanya golongan cerdik pandai dalam negeri ini apabila beliau secara rasmi memegang portfolio Menteri Muda Pertanian dan Pelancongan pada 1 Disember ini.

“Saya bersedia menerima pandangan semua rakyat setelah menyandang portfolio ini secara rasmi dan seterusnya duduk berbincang untuk mencari strategi terbaik untuk membangunkan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadirkan diri pada Upacara ‘Gawai Antu’ mendiang Jamu anak Langi di Rumah Lani, Entulang Jalai di sini malam tadi.

Selan itu Mong juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kerana menaruh kepercayaan serta melantiknya sebagai Menteri Muda Pertanian dan Pelancongan dalam rombakan kabinet pada 8 Disember lalu.

“Saya amat berterima kasih kepada beliau (Taib) kerana telah memberi kepercayaan terhadap saya untuk memegang portfolio terbabit (Menteri Muda Pertanian dan Pelancongan).

“Saya akan melaksanakan tanggungjawab berkenaan sebaik yang boleh untuk membantu kerajaan bagi membangunkan negeri ini khususnya dalam kawasan DUN Bukit Begunan,” menurut beliau.

Mong pada majlis itu menasihat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk memastikan pentadbiran serta proses pembangunan rumah panjang masing-masing berterusan daripada masa ke semasa.

“Kegagalan JKKK dalam melaksanakan peranan mereka sebagai sebuah jawatankuasa pentadbiran peringkat rumah mampu menentukan proses pembangunan rumah panjang masing-masing pada masa akan datang,” katanya.

Tamat...


No comments:

Post a Comment