Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 November, 2009

Majukan diri dengan projek pertanian komersial


Caption: SIMBOLIK...Harden (empat kiri) sedang menyerahkan anak ayam (dalam kotak kecil berkayu) kepada para Tuai Rumah sambil diperhatikan oleh Badin (tiga kiri), Chana (kiri) serta yang lain ketika berlangsungnya majlis terbabit.

SRI AMAN, Jumaat (6 Nov) – Penduduk luar bandar mampu mengubah taraf hidup keluarga masing-masing sekiranya mereka cekap memanfaatkan bantuan yang diberikan oleh kerajaan terhadap mereka menerusi projek pertanian komersial demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Menurut beliau terdapat penduduk luar bandar yang berjaya meraih kejayaan menerusi projek pertanian komersial hasil bantuan kerajaan sebelum ini memandangkan terdapat kecekapan serta keazaman dalam diri mereka untuk melaksanakan projek itu.

“Pemberian bantuan anak ayam atau ikan kepada penduduk luar bandar bagi tujuan projek perternakan di bawah bidang pertanian komersial dilihat sebagai satu peluang yang ditawarkan oleh kerajaan kepada penduduk luar bandar untuk mempertingkat taraf hidup masing-masing selepas itu.

“Bagaimanapun berjaya atau tidak itu terpulang kepada kecekapan penduduk itu sendiri. Jika projek dilaksana secara ‘ala hangat tahi ayam’ maka ia akan gagal namun jika dilaksana secara cekap maka ia akan membuahkan hasil,” katanya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Anak Ayam anjuran Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Sri Aman bertempat di Rumah Sap anak Jumpu, Batu Lintang, Undop, Sri Aman pada Rabu lepas.


Selain itu Harden juga menasihatkan penerima bantuan projek pertanian komersial terbabit untuk menghadiri kursus pertanian atau usahawan yang dianjurkan oleh mana-mana agensi kerajaan selepas ini.


Ia menurut beliau amat penting bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan masing-masing mengenai projek pertanian yang mereka laksanakan hasil bantuan kerajaan di masa akan datang.


Hadir sama ialah Penolong Pengarah Pertanian Bahagian Sri Aman, Badin Unor, Jurutera Bahagian Bekalan Air, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman, Oliver Ngabong Jimmy, Pegawai Pertanian Sri Aman, Chana Langkan dan Pengerusi Gerakan Daya Wawasan (GDW) Batu Lintang, Micheal John Sanggop.


Harden menerusi majlis itu telah menyempurnakan majlis pengagihan sebanyak 7,050 ekor anak ayam kepada 519 keluarga penduduk rumah panjang yang menetap di kawasan Batu Lintang, Undop.


Beliau juga turut menyampaikan cek peruntukan sebanyak RM3,000 masing-masing kepada JKKK Rumah Sap Jumpu, Kelab Pertanian Sri Aman dan Kelab Sokanjaya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman.


Tamat.


No comments:

Post a Comment