Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 November, 2009

Maintain hubungan dengan kerajaan jika mahu pembangunan ujar Harden


Caption: TERIMALAH....Harden menerima cenderamata daripada Tr Micheal John (dua kanan) dalam majlis itu. Turut kelihatan Masir (lima kiri) dan Doris (empat kiri),

by Edwin Raoh

SRI AMAN, Selasa (3 Nov) – Kukuhkan hubungan dengan kerajaan jika mahu memudahkan perlaksanaan projek pembangunan di kawasan masing-masing selepas ini demikian nasihat Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak Datuk Francis Harden anak Hollis kepada ketua kaum dalam daerah ini.

Jalinan kerjasama yang erat di antara kedua pihak ini menurut beliau adalah amat perlu memandangkan ketua kaum adalah ‘orang tengah’ bagi menghubungkan pihak kerajaan negeri dengan penduduk tempatan dalam negeri ini.

“Selain Jawatankuasa Kebajikan dan Keselematan Kampung (JKKK), ketua kaum juga adalah merupakan pihak penting bagi kerajaan untuk menerangkan dasar pembangunan kerajaan terhadap penduduk di bawah jagaan masing-masing.

“Justeru ketua kaum perlu sedar tentang hal ini. Jika mereka gagal menyakin penduduk mengenai dasar kerajaan maka adalah sukar untuk kita melaksanakan projek pembangunan di kawasan mereka selepas itu,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam JKKK Dan Biro Wanita Rumah Micheal John Sanggop, Kampung Entebar bertempat di Dewan Suarah Sri Aman malam kelmarin.

Selain itu beliau juga mahu setiap ketua kaum untuk lebih bertanggungjawab dan komitmen ketika melaksanakan peranan yang di amanahkan kepada mereka oleh kerajaan terutama sekali mengenai hal berkaitan pembangunan hidup penduduk.

“Untuk itu para ketua kaum juga perlu lebih aktif bergaul dengan para ketua jabatan kerajaan demi memudahkan urusan yang berkaitan dengan program pembangunan penduduk di kawasan masing-masing,” menurut beliau.

Harden menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada JKKK Micheal John dan RM3,000 untuk biro wanita rumah panjang terbabit.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ketua Pergerakan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS), Doris Brodie dan para ketua kaum dalam bandar ini.


Tamat...


No comments:

Post a Comment