Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 November, 2009

Kualiti jamin kecemerlangan organisasi


Caption: TAHNIAH...Shamshuddin (tengah) sedang menyampaikan sijil kepada seorang penerima (kiri) sambil disaksikan oleh (dari kanan sekali) Mahri, Desmond dan Felicia ketika berlangsungnya majlis malam tadi.

SRI AMAN, Sabtu (14 Nov) – Aspek kualiti merupakan ‘tulang belakang’ kepada kecemerlangan sesebuah organisasi kerajaan khususnya dalam bahagian Sri Aman ini demikian menurut Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin bin Abang Seruji.

Beliau berkata aspek kualiti ini mencakupi usaha kakitangan sesebuah organisasi itu untuk memberikan khidmat sepatutnya kepada pelanggan yang patut menerima khidmat berkenaan sepertimana yang telah dijanjikan oleh kakitangan itu kepada pelanggan terbabit sebelum ini.

“Untuk lebih memahami aspek kualiti terbabit, para kakitangan organisasi kerajaan itu sendiri perlu menganggap diri masing-masing sebagai pelanggan yang harus menerima khidmat tersebut.

“Jika mereka (kakitangan organisasi) boleh meletakkan diri masing-masing dalam situasi itu maka jabatan mereka akan mampu menjadi sebuah organisasi yang cukup cemerlangan selepas ini,” katanya.

Shamshuddin berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) 2009 anjuran Pentadbiran Bahagian Sri Aman bertempat di bilik mesyuarat sebuah restoran tempatan dalam bandar ini malam tadi.

Selain itu aspek kewangan terhadap organisasi dan perhubungan awam terhadap pelanggan menurut beliau juga memainkan peranan ke arah mempertingkatkan tahap kecemerlangan sesebuah organisasi itu dari masa ke semasa.

“Kewangan merupakan ‘penyubur’ sesebuah organisasi itu namun faktor perhubungan awam juga memainkan peranan penting ke arah mempertingkatkan tahap kecemerlangan organisasi masing-masing.

“Jika kakitangannya gagal mengamalkan teknik perhubungan awam yang cekap maka organisasi mereka tidak akan menjadi releven lagi dikalangan para pelanggan dalam kawasan masing-masing,” katanya.

Shamshuddin menambah bahawa setiap kakitangan perlu mewujudkan aspek perhubungan awam di antara pelanggan dan bukan hanya dikalangan kakitangan dalam sesebuah organisasi itu sendiri.

Terdahulu seramai lapan kakitangan kerajaan dari Bahagian Sri Aman menerima APC 2008 yang disampaikan oleh beliau sendiri manakala 15 orang lagi kakitangan kerajaan yang lain menerima Penghargaan Perkhidmatan Cemerlangan pada majlis terbabit.

Majlis pada malam tadi turut dihadiri oleh Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglas Jerukan dan Felicia Tan, pemangku Pegawai Daerah Sri Aman, Mahri Saparwi dan para pegawai kerajaan yang lain dalam Bahagian Sri Aman ini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment