Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 November, 2009

Kes lawak pencuri kereta di kawasan lot kedai Srijaya , Sri Aman

SRI AMAN, Isnin (16 Nov) – Satu kejadian lucu membabitkan seorang pencuri tayar dan pemilik kenderaan Wira telah dilaporkan berlaku di kawasan Srijaya Park dalam bandar Sri Aman di sini sekitar jam 2 pagi kelmarin.

Peristiwa bermula apabila seorang lelaki dengan menggunakan menggunakan sebuah kenderaan Kancil parkir berdekatan kenderaan jenis Proton Wira dengan niat untuk mencuri keempat-empat tayar kenderaan terbabit.

Ketika sedang sibuk meletakkan batu-bata di bawah kenderaan Wira tersebut, tindakan lelaki itu disedari oleh seorang wanita (pemilik kenderaan Wira) yang secara kebetulan tidur lewat pada malam berkenaan.

Kerana tidak tahan hati, wanita terbabit kemudiannya menjerit sekuat hati ketika lelaki terbabit sedang memasang sejenis alat di bawah Proton Wiranya dengan tujuan untuk menaikkan aras kenderaan tersebut dipercayai demi membolehkannya mencuri tayar kenderaan tersebut.

“Menyedari tindakan wanita tersebut si pencuri tayar itu kemudiannya bertindak melarikan diri ke arah rakannya yang sedang menunggang motorsikal di kawasan berdekatan dipercayai bertindak sebagai peninjau bagi rancangan terbabit.

“Bagaimanapun kepanikan si pencuri menyebabkan kereta Kancilnya tertinggal secara terbuka berdekatan dengan kenderaan Wira milik wanita terbabit,” menurut jiran mangsa terbabit ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Si pencuri itu bersama rakannya yang menunggang motorsikal sebelum ini dipercayai cuba kembali semula ke tempat kejadian selang 15 minit kemudian dipercayai cuba mendapatkan kembali kenderaan Kancil yang tertinggal di situ.

“Wanita itu kemudiannya menjerit kembali apabila melihat pencuri itu cuba kembali ke lokasi kejadian. Si pencuri kemudiannya terus pergi sambil melambaikan tangannya ke arah wanita terbabit,” kata jiran mangsa tersebut.

Pemilik kenderaan Wira tersebut bersama anak lelakinya kemudiannya bertindak merampas kunci kenderaan milik pencuri tersebut sebelum polis tiba untuk menunda kenderaan tersebut ke Balai Polis Sri Aman pada jam 4 pagi.

“Pencuri itu hanya perlu memandu kenderaan Kancilnya untuk melarikan diri dari tempat kejadian sekiranya dia tidak panik. Namun tindakannnya itu nampak melucukan dan bodoh kerana membiarkan kenderaan Kancilnya tinggal di situ,” katanya.

Sumber juga turut menambah bahawa wanita berkenaan pernah kehilangan sebanyak 4 buah motorsikalnya di kawasan Srijaya sebelum ini. Tindakan pencuri melambaikan tangan ke arah wanita terbabit nyata membuatkan dirinya bertambah naik berang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment