Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 November, 2009

Kejohanan Tenis Jemputan di Padang Tenis KPSU Sri Aman 13 - 15 November ini

SRI AMAN, Khamis (12 Nov) – Persatuan Tenis Bumiputera Bahagian Sri Aman buat julungkalinya akan menganjurkan Kejohanan Tenis Jemputan yang bakal berlabuh tirainya bermula 13 hingga 15 November ini.

Kejohanan Tenis Jemputan ini yang akan berlangsung di Gelanggang Tenis Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman kini telah pun mengesahkan penyertaan sejumlah enam buah pasukan ketika berita ini ditulis.

Setiausaha Persatuan Tenis Bumiputera Bahagian Sri Aman, Abdul Rahman Narawi ketika dihubungi hari ini berkata enam buah pasukan terbabit adalah dari Sri Aman, Serian dan Kota Samarahan.

“Pasukan Tuan Rumah iaitu Sri Aman sudah pun mengesahkan penyertaan empat buah pasukannya setakat ini manakala Serian dan Kota Samarahan pula masing-masing menghantar satu pasukan.

“Dengan adanya kehadiran enam buah pasukan terbabit, kejohanan yang julungkalinya diadakan oleh persatuan kami ini dijangka dapat menyemarakkan lagi bidang sukan Tenis dikalangan penduduk dalam bandar Sri Aman,” menurut beliau.

Pasukan yang muncul sebagai juara Kejohanan Tenis Jemputan ini nanti menurut Rahman bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500 beserta dengan piala iringan.

Manakala pasukan naib juara bagi kejohanan ini pula kata beliau bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM300 beserta dengan piala iringan.

“Perlawanan kelayakkan ke saingan suku akhir dan separuh akhir dijangka akan bermula pada hari Sabtu ini manakala saingan peringkat akhir pula akan berlangsung sekitar jam 3 petang pada hari Ahad.

“Justeru orang ramai khususnya peminat sukan Tenis dalam bandar ini dijemput untuk hadir beramai-ramai bagi menyaksikan Kejohanan Tenis Jemputan yang akan berlangsung ke Gelanggang Tenis KPSU Sri Aman bermula dari tarikh yang telah dinyatakan,” katanya.

Tamat.




No comments:

Post a Comment