Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 November, 2009

Kapasiti modal insan aset kejayaan SCORE kata Harden


Mugshot: DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS

SRI AMAN, Sabtu (7 nov) – Kapasiti modal ilmu insan berilmu adalah merupakan aset penting untuk menjayakan perlaksanaan projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) menjelang tahun 2030 nanti.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata kapasiti modal insan berilmu yang menjadi aset penting bagi perlaksanaan SCORE nanti terdiri daripada mereka yang memiliki kepakaran tinggi dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

“Lagipun Malaysia mungkin hampir mencapai status negara maju pada tahun itu nanti (2030. Justeru kapasiti modal insan berilmu yang berteraskan kepakaran tinggi dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan akan amat diperlukan pada tahun itu kelak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Tiang Laju, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang bertempat di Dewan Suarah Sri Aman kelmarin.

Selain itu Harden juga mahu ibubapa dan guru memberi penekanan penting terhadap memperkasakan ilmu sains dan teknologi dalam diri anak-anak mulai sekarang ke arah menyediakan mereka dalam penglibatan projek SCORE selepas ini.

“Lagipun projek SCORE juga bakal menyediakan sejumlah 1.5 juta peluang pekerjaan dari segi sektor perkhidmatan, pembuatan, perlombongan, pembinaan, pelancongan, perikanan, pertanian dan penternakan menjelang tahun 2030.

“Jika mahu mengambil peluang dalam SCORE maka sekarang adalah masanya. Berusaha mulai sekarang untuk membolehkan setiap diri anda (pelajar) layak bagi mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam kesemua sektor berkenaan,” katanya.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji dan Pengetua SMK Simanggang, Ibrahim Jamain.

Tamat.


No comments:

Post a Comment