Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 November, 2009

Jumlah anggota RELA Sri Aman bertambah




Caption:

1.TAHNIAH...Bajuri (kiri) sedang menyampaikan kad kuasa RELA kepada KK Sejeli (kanan) ketika berlangsungnya majlis itu semalam.



2.UNTUK ALBUM...Bajuri (duduk tengah) sedang merakamkan gambar kenang-kenangan bersama anggota baru RELA Sri Aman dari Kampung Bakong, Lingga sebaik sahaja selesai majlis.



Foto by ZULIA HAJI JEMAT

LINGGA, Jumaat (13 Nov) – Jumlah keanggotaan pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Daerah Sri Aman kini bertambah apabila seramai 35 orang penduduk Kampung Bakong, Lingga menerima kad keahlian Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan sijil pengenalan asas RELA kelmarin.

Majlis penyampaian kad keahlian RELA dan sijil pengenalan asas kepada anggota baru yang berlangsung di Kampung Bakong, Lingga itu telah disempurnakan oleh Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel (RELA) Bajuri Adon.

Dengan adanya penyertaan baru penduduk Kampung Bakong terbabit, pasukan RELA Daerah Sri Aman kini mempunyai sejumlah 1,286 anggota berbanding 1,251 anggota sebelumnya.

Terdahulu Bajuri ketika berucap pada majlis berkenaan mahu semua anggota RELA Sri Aman untuk lebih komited ketika melaksanakan tugas masing-masing.

Dengan komitmen tugas seperti ini kata beliau, semua lapisan masyarakat dalam kawasan jagaan RELA akan berasa selamat dan bebas daripada ancaman keselamatan hasil kerjasama mereka bersama dengan anggota polis.

“Sebelum melaksanakan tugas rondaan di kawasan jagaan masing-masing, setiap ketua platun terlebih dahulu harus memaklumkan tindakan mereka ini kepada Pegawai RELA Daerah.

“Ini secara tidak langsung dapat membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah dalam negeri ini disamping membantu mereka untuk menangkap mana-mana pendatang tanpa izin (PATI) yang masuk ke negeri ini,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Perhubungan RELA Daerah Sri Aman, Joshua Ijau, Kakitangan Perkeranian dan Operasi Pejabat RELA Daerah Sri Aman, Musa Amit dan Ketua Kampung Bakong, KK Sejeli Ramli.

Tamat.



No comments:

Post a Comment