Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 November, 2009

Jessica muncul pemenang peraduan di Stesen Petronas Sri Aman




Caption:



1.BERTUAH...Jessica (tengah kanan) dan Haji Hassan (tengah kiri) ketika menerima hadiah berupa satu set Televisyen 32 Inci di sini hari ini. Foto:ZULIA HAJI JEMAT

2.UNTUK ALBUM...Pemenang promosi, Jessica (depan kiri) dan penerima hamper bergambar kenangan bersama Haji Hassan (belakang tengah) dan kakitangan stesen berkenaan sebaik sahaja selesai promosi tersebut. Foto:ZULIA HAJI JEMAT


SRI AMAN, Ahad (29 Nov) – Seorang pegawai polis dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman muncul sebagai pemenang bertuah menerusi Promosi Setempat Untuk Stesen Petronas Sri Aman di sini hari ini.

Chief Inspektor Jessica anak Unchi dari Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Sri Aman membawa pulang hadiah berupa satu set televisyen LCD 32 inci bagi edisi ke-3 promosi di Stesen Haji Hamzah, Stesen Khidmat Petronas Sri Aman berkenaan.

Tujuh orang pelanggan bertuah juga turut mendapat hadiah berupa barangan hamper menerusi Promosi Setempat Untuk Stesen Petronas Sri Aman ini.

Pengurus stesen minyak terbabit iaitu Haji Hamzah bin Haji Hassan ketika ditemui menjelaskan bahawa promosi terbabit telah diadakan di stesen berkenaan semenjak beliau mengambilalih pengurusan di situ pada bulan April lalu.

“Pihak kami akan mengadakan promosi terbabit setiap 45 hari sekali semenjak April lalu. Setiap pelanggan yang membeli minyak bernilai RM20 ke atas layak menyertai Promosi Setempat Untuk Stesen Petronas Sri Aman ini.

“Promosi Setempat Untuk Stesen Petronas Sri Aman ini akan diadakan semula bermula bulan Januari tahun hadapan bagi memberi laluan kepada pihak kami untuk bercadang melaksanakan aktiviti kebajikan bagi bulan Disember ini,” menurut beliau.

Kata Hamzah, promosi untuk bulan Januari tahun depan bakal menawarkan hadiah berupa satu set komputer riba dan lapan hadiah berupa hamper kepada pelanggan dalam kawasan bandar ini.

“Justeru diharap agar Promosi Setempat Untuk Stesen Petronas Sri Aman dapat menarik kedatangan lebih ramai pengguna kenderaan untuk menggunakan khidmat di Stesen Petronas Sri Aman selepas ini,” katanya.

Tamat.



No comments:

Post a Comment