Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 November, 2009

Jangan dengar kata penghasut; kata Mawan kepada ketua kaum


Caption: TAHNIAH...Mawan (tengah) menyampaikan hadian kepada pemenang dalam majlis itu. Turut kelihatan Jelaing (dua kanan) dan Peter (empat kanan).

SARATOK, Ahad (1 Nov) – Ketua kaum di kawasan luar bandar dinasihat agar tidak mudah ‘termakan’ ajakan pihak pembangkang untuk berjuang bersama mereka selepas ini demikian menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, Dato Sri William Mawan anak Ikom.

Kumpulan terbabit menurut beliau menjadikan penduduk dari kawasan luar bandar sebagai sasaran bagi mereka untuk memperoleh sokongan politik dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

“Pihak ini bukan berjuang untuk hidup penduduk tetapi untuk kepentingan politik mereka sendiri. Justeru saya sebagai seorang pemimpin orang Dayak menasihatkan penduduk terutamanya ketua kaum agar tidak termakan hasutan mereka,” katanya.

Mawan yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan berkata demikian semasa berucap merasmikan Upacara Perasmian Pesta Air Sungai Krian, Saratok Kali ke – 7, di Warp pekan itu pada hari Jumaat lalu.

Selain itu beliau juga berkata bahawa sekarang adalah masanya bagi penduduk untuk menolak tohmahan atau dakwaan palsu pihak pembangkang sekiranya mereka masih dahagakan pembangunan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Tindakan menyokong pihak pembangkang ini menyebabkan masa depan pembangunan penduduk itu sendiri tergugat dan sebaliknya memberikan keuntungan politik kepada pihak itu berkenaan,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing anak Mersat, Menteri Muda Pertanian Moden, Datuk Peter Nyarok anak Enteri, para ketua kaum dan pegawai- kerajaan dari sekitar bandar Saratok.

Tamat….




No comments:

Post a Comment