Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 November, 2009

Jabatan Pergigian Sri Aman anjur seminar pergigian di PDK Sri Aman


Caption: UNTUK ALBUM...Dr Roslina (duduk tengah), Lina (kiri) dan Sharifah (kanan) bersama kakitangan pergigian dan pelatih ketika berlangsungnya seminar di sini kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (19 Nov) – Jabatan Pergigian Bahagian Sri Aman telah mengadakan Seminar Pergigian bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Aman di sini pagi kelmarin.

Seminar Pergigian ini yang dikendalikan oleh Pegawai Jabatan Pergigian Bahagian Sri Aman iaitu Dr Roslina Mohd Fadzilla Mah telah dihadiri oleh ibubapa dan 30 orang pelatih dari pusat PDK Sri Aman bermula dari jam 8.30 hingga 10.30 pagi.

Menerusi seminar tersebut, Roslina telah menerangkan langkah-langkah penjagaan gigi terhadap ibubapa kepada golongan anak-anak ‘istimewa’ (Orang Kurang Upaya – OKU) terutamanya pelatih dari pusat PDK berkenaan.

Beliau menerusi ceramah terbabit menjelaskan bahawa langkah penjagaan gigi dikalangan anak-anak normal dan istimewa adalah amat berbeza dan ia memerlukan perhatian serius ibubapa untuk mempelajari langkah terbabit.

“Struktur gigi anak-anak istimewa berbanding anak-anak normal adalah tidak sama. Justeru saya menasihatkan ibubapa membawa anak istimewa masing-masing ke klinik pergigian yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung hal itu.

“Jangan mengabaikan penjagaan gigi golongan anak-anak istimewa apabila melihat keadaan mereka sebegitu memandangkan mereka juga amat memerlukan penjagaan gigi sewajarnya seperti anak-anak normal yang lain,” menurut beliau.

Di akhir seminar berkenaan, pihak Jabatan Pergigian Bahagian Sri Aman telah menyampaikan sumbangan berupa perkakasan tuala dan alat pemberus gigi khas kepada 30 orang pelatih pusat PDK berkenaan.

Hadir sama pada seminar itu ialah Penolong Pengarah Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim, Pengerusi Pusat PDK Sri Aman Linda Andom Goh dan Matron Dewi dari Jabatan Pergigian Bahagian Sri Aman.

Tamat.


No comments:

Post a Comment