Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 November, 2009

Hari pertama Pesta Bambu Bubur Pedas tarik 500 pengunjung











Caption:

1.MENARIK...Abang Shamshuddin sedang menunjukkan beberapa paket produk jualan kepada pihak media ketika berlangsungnya majlis perasmian di sini hari ini.

2. FOKUS...Para pengunjung sedang memberikan fokus terhadap demonstrasi memasak ketika berlangsungnya pesta itu hari ini.

3. MERIAH...Sebahagian daripada orang ramai yang mengunjungi gerai jualan beraneka ketika bermulanya pesta itu hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (20 Nov) – Sekitar 500 orang penduduk membanjiri kawasan Tebingan Sungai Sungai Batang Lupar Sri Aman untuk menyaksikan Pesta Bumbu Bubur Pedas 2009 yang berlangsung di situ mulai hari ini hingga hari Ahad kelak.

Pesta Bumbu Bubur Pedas 2009 yang bermula seawal jam 8 pagi hari ini merupakan anjuran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman.

Pelbagai acara menarik bakal diadakan sepanjang berlangsung acara itu sehingga hari Ahad ini antaranya ialah promosi ‘Sri Aman Kitchen’, Pertandingan Bertandak / Bermukun, Pertandingan Karaoke, Demonstrasi dan Pameran Berasaskan Bumbu Bubur Pedas, Gerai Jualan Beraneka,

Dirasmikan oleh Residen Bahagian Sri Aman iaitu Abang Shamshuddin Abang Seruji pada jam 3 petang hari ini pesta itu bertujuan untuk memperkenalkan salah satu ‘Signature Product Sarawak’ di negeri ini.

Malahan pesta terbabit juga bertujuan untuk mencari juala untuk mewakili Sarawak ke Pertandingan Masakan Peringkat Kebangsaan 2009 sempena Showcase SDSI yang akan diadakan di MITC Melaka.

“Disamping pesta ini bertujuan untuk mempopular dan mengalak penggunaan bumbu bubur pdas dalam pelbagai masakan,” kata jurucakap penganjur sambil menambah Pertandingan Bintang Bubur Pedas dan Tandak Melayu Sarawak turut diselitkan dalam aktiviti pesta ini.

Orang ramai yang berkunjung ke pesta turut berpeluang untuk membeli masakan popular Sri Aman berasaskan bubur pedas, makanan kering seperti Kerepek Pisang pelbagai perasa, Kuih Sepit, Kuih Cina, Herba Kacang Ma, Beras Tempatan dan banyak lagi.

Bagaimanapun tinjauan rambang Utusan Sarawak menjangkakan jumlah kunjungan penduduk ke pesta ini akan meningkat ke 3,000 penduduk berdasarkan kepada hari cuti umum iaitu Sabtu dan Ahad esok.

Majlis Penutupan Pesta Bumbu Bubur Pedas 2009 akan disempurnakan oleh Menteri Muda Pertanian merangkap Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datin Hajah Fatimah Abdullah.

Tamat.





No comments:

Post a Comment