Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 November, 2009

Hargai jasa guru luar bandar kata Snowdan


Caption: UNTUK ALBUM...Snowdan (duduk tiga kiri) dan Masir (kanan beliau) bergambar kenangan bersama tetamu undangan khas dan para penerima insentif ketika berlangsungnya majlis hari ini.

BALAI RINGIN, Ahad (15 Nov) – Jasa para guru yang mengajar di sekolah dalam kawasan pedalaman negeri ini harus dihargai oleh semua pihak demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan.

Jasa para guru ini menurut beliau perlu dihargai memandangkan mereka ini sanggup mengorbankan ‘keselesaan’ hidup diri masing-masing demi mencurahkan bakti terhadap anak-anak di kawasan luar bandar.

“Tidak ramai guru yang sanggup mengajar di sekolah luar bandar. Ia disebabkan faktor kekurangan kemudahan asas dan kelemahan infrastruktur perhubungan seperti jalan raya serta komunikasi di kebanyakkan sekolah luar bandar pada masa sekarang.

“Justeru semua pihak perlu memahami kesanggupan para guru yang sanggup mengajar di kawasan luar bandar (pedalaman) kerana masa depan pendidikan anak-anak kampung mungkin tergugat tanpa kehadiran golongan ini,” katanya.

Snowdan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Insentif Tabung Pendidikan Donald Lawan di Dewan Balai Ringin dalam kawasan Serian di sini baru-baru ini.

Selain itu beliau juga berharap agar Insentif Tabung Pendidikan Donald Lawan dapat mendorong para penerimanya untuk lebih maju dalam bidang akademik dan seterusnya bersemangat untuk menghadapi saingan masa hadapan selepas ini.

“Semenjak ditubuhkan pada 2007, Tabung Pendidikan Donald Lawan berperanan penting untuk memberi galakkan kepada para pelajar terutamanya dari kawasan Balai Ringin khasnya dan kawasan Parlimen sri Aman secara amnya tanpa mengira sekolah rendah mahupun menengah.

“Atas sebab ini keprihatinan ayah saya (Donald Lawan) selaku seorang tokoh korporat terhadap kebajikan dan pendidikan anak- anak pelajar kita seharusnya dicontohi oleh semua pihak terutamanya Badan Bukan Kerajaan (NGO). Inilah yang kita namakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR),” katanya.

Seramai 112 orang pelajar cemerlang UPSR, SPM dan STPM bagi tahun 2008 dari kawasan Balai Ringin dan Parlimen Sri Aman menerima insentif daripada Tabung Pendidikan Donald Lawan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM30,000.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pegawai Pelajaran Daerah Serian, Ismail Bero, Pegawai Tadbir Sarawak daerah Pantu, Edward Michael Duk, pengasas Tabung Donald Lawan iaitu Donald Lawan, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Simunjan, Brown Sang dan wakil Pengetua SMK Balai Ringin, Encik Sari.

Tamat.



1 comment:

  1. JAnji Yb : Pelajar yg mendapat 4A dan ke atas akan mendapat insentif RM50 untuk 1A.
    Berdasarkan arahan daripada YB sendiri, Setiausaha beliau akan menguruskan segala borang untuk menuntut wang insentif itu.
    SAYA DAN AYAH SAYA TELAH BEBERAPA KALI BERURUSAN DENGAN SETIAUSAHA YB ITU DI RUMAH SETIAUSAHA ITU SENDIRI DI KAMPUNG BAYUR. SAYA TELAH MENGHANTAR SEGALA MAKLUMAT YANG DINYATAKAN ( SALINAN IC, SALINAN SLIP KEPUTUSAN SPM, SALINAN IC BAPA ). NAMUN, APA YANG TERJADI, PADA HARI PENYAMPAIAN ANUGERAH TERSEBUT, NAMA SAYA TIADA DALAM SENARAI.BUKAN HENDAK MENINGGI DIRI, TETAPI REALITINYA SAYA JUGA BERHAK DAN LAYAK MENDAPAT INSENTIF ITU BERDASARKAN KEPUTUSAN SPM SAYA. BILA DITANYA, SETIAUSAHA MENGATAKAN BELIAU TIDAK TAHU MENGENAI SENARAI NAMA PENERIMA MALAH MENUDING JARI KEPADA PKHEM SMKBALAI RINGIN. BILA BERHUBUNG DENGAN YB SENDIRI, YB PULA BERTANYA BETUL DAH HANTAR BORANG? LALU BERKATA, MUNGKIN SEBAB LAMBAT HANTAR BORANG. KENYATAANNYA, TAK! SEMINGGU LEPAS KEPUTUSAN SPM KELUAR SAYA DAH URUSKAN BORANG2 ITU DENGAN "ENCIK SETIAUSAHA".
    PERSOALANNYA, MACAM MANA NAMA SAYA BOLEH TERCICIR DARIPADA SENARAI PENERIMA?
    SIAPAKAH YANG PATUT BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KESILAPAN INI?
    DAN...ADAKAH 'ENCIK SETIAUSAHA' INI MENJALANKAN TUGASNYA DENGAN PENUH AMANAH????
    -di mana hak saya?-

    ReplyDelete