Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 November, 2009

Harden sampai cek MRP bernilai RM53,000 kepada 13 buah persatuan, kelab dan sekolah dari kawasan sri aman




Caption: UNTUK KENANGAN...Harden (duduk tengah) merakamkan gambar kenang-kenangan bersama penerima ketika berlangsungnya majlis hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (6 Nov) – Sejumlah 13 buah kelab, persatuan, pertubuhan Buddist dan sekolah dalam daerah Sri Aman menerima cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Menteri Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM53,000 bagi tahun 2009.

Penerima yang terdiri daripada tiga buah kelab, lima buah persatuan, satu pertubuhan Buddist dan empat buah sekolah ini telah menerima cek peruntukan berkenaan menerusi majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Simanggang pada jam 2 petang hari ini.

Kelab Rekreasi dan Kebajikan, Majlis Daerah Sri Aman dan Kelab Rekreasi Kebajikan Jabatan Tanah dan Ukur Sri Aman masing-masing menerima cek bernilai RM3,000 manakala Kelab Kebajikan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chuang Hua pula menerima cek bernilai RM2,000 pada majlis tersebut.

Bagi persatuan pula, Persatuan Badminton Bahagian Ke-2 telah menerima cek bernilai RM5,000 sambil diikuti oleh Persatuan Peniaga Kopi dan Restoran Bahagian Sri Aman (RM3,000), Persatuan Foochow Simanggang (RM5,000), Persatuan Cina Bersekutu Bahagian 2 (RM5,000) dan Kesatuan Soon Heng Simanggang (RM10,000).

Untuk sekolah, Harden telah menyampaikan cek bernilai RM5,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Selanjan, Majlis Guru Besar Zon Pantu (RM3,000), Majlis Guru Besar Daerah Sri Aman (RM3,000) dan Tabika KEMAS Bomba A (RM3,000).

Kesatuan Buddhist Batang Lupar pula telah menerima cek peruntukan bernilai RM3,000 daripada Harden menerusi majlis berkenaan.

Harden menerusi ucapan ringkasnya pada majlis itu berkata kerajaan tidak akan mempunyai sebarang kuasa terhadap mana-mana peruntukan yang telah diberikan oleh mereka kepada penerima selepas ini.

“Justeru saya mahu semua penerima menggunakan peruntukan ini sebaik boleh. Manfaatkan peruntukan ini agar semua pihak sama-sama dapat menikmati faedah hasil penggunaan duit berkenaan,” menurut beliau.

Majlis penyampaian cek peruntukan kepada para penerima ini turut disaksikan oleh Temenggung Tan Chong Meng dan Pemanca Sii Toh Peng.

Tamat.



No comments:

Post a Comment