Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 November, 2009

Galakkan anak kuasai Bahasa Inggeris - Rayong


Caption: TAHNIAH...Rayong sambil disaksikan oleh Nyalau ketika sedang menyampaikan sijil kepada seorang murid ketika berlangsungnya majlis itu.


pix by Ugging Ragai (SK Engkilili No.2)

ENGKILILI, Rabu (18 Nov) – Anak-anak perlu diberi galakkan untuk menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah demikian menurut nasihat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Menurut beliau, penguasaan mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat sekolah adalah amat penting demi membolehkan mereka bersaing dalam pasaran kerja global pada masa akan datang.

“Penguasaan terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu juga amat penting. Bagaimanapun ia bukan bermakna bahawa kita perlu meletakkan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran nombor dua yang terpenting.

“Dua-dua mata pelajaran ini perlu dikuasai oleh anak-anak. Jika Bahasa Inggeris juga mampu dikuasai maka anak-anak tidak akan mempunyai masalah untuk mencari pekerjaan di kawasan dalam dan luar negara selepas ini,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Engkilili No.2 bersempena dengan Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah Murid Tahun 6 sekolah terbabit di sini baru-baru ini.

Untuk menjayakan penguasaan anak-anak dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris selepas ini, Rayong menasihatkan ibubapa agar mengadakan aktiviti secara usahasama bersama pihak guru di sekolah bagi tujuan tersebut.

“Lagipun ibubapa juga boleh mengalakkan anak-anak menonton rancangan pendidikan dalam Bahasa Inggeris demi mempertingkatkan daya kefahaman dan penguasaan mereka terhadap mata pelajaran itu.

“Bertindak sekarang atau tidak anak-anak kita akan ketinggalan berbanding dengan mereka yang telah menguasai mata pelajaran ini di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Guru Besar SK Engkilili No.2, Kulok anak Laga, Penghulu Michael Derin dan para ketua kaum dari sekitar daerah ini.

Rayong pada majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM3,000 kepada Tabung Pendidikan SK Engkilili No.2 manakala Rayong pula mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 untuk tujuan yang sama.

Tamat.


No comments:

Post a Comment