Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 November, 2009

Dokumentasikan Tanah NCR melalui program pembangunan tanah kerajaan ujar Harden


Caption: RASMI...Harden sedang memalu gong sebagai tanda perasmian majlis sambil disaksikan oleh Rayong (kiri) dan tetamu jemputan khas yang lain ketika berlangsungnya majlis itu.

ENGKILILI, Rabu (4 Nov) – Penduduk digalak untuk menyertai program pembangunan Tanah Hak Adat Bumipuitera (NCR) demi membolehkan mereka mendapat dokumen yang lebih terperinci terhadap tanah NCR milik masing-masing selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata pemilik tanah NCR akan dapat mengetahui dengan lebih tepat tentang luas dan lokasi sebenar tanah masing-masing dengan menyertai program pembangunan tanah oleh kerajaan.

“Sebelum tanah NCR itu dibangunkan, pihak Jabatan Tanah dan Survei terlebih dahulu akan melaksanakan kerja pemantauan terhadap tanah terbabit dan segala data akan direkod oleh pihak berkenaan bagi tujuan itu.

“Menerusi tindakan ini para pemilik tanah NCR akan memperoleh dokumen tanah milik masing-masing yang lebih tepat dan secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai rujukan penting pada masa akan datang,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Program Sepakat Bestari 2009 bertempat di Rumah Kaunselor Tuai Rumah Roy Edward Entalai, Kampung Selindung Ulu dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman malam tadi.


Berbanding dengan tanah NCR yang belum dibangunkan, para pemiliknya menurut Harden hanya mengetahui lokasi dan luas tanah masing-masing menerusi maklumat tidak rasmi yang dimaklumkan oleh keturunan nenek moyang mereka sebelum ini.


“Hal ini biasanya menyebabkan berlakunya pertelingkahan di antara pemilik tanah NCR berkenaan. Justeru adalah lebih baik sekiranya pemilik tanah NCR memperoleh dokumen tanah dengan menyertai program pembangunan tanah yang ditawarkan oleh kerajaan di kawasan masing-masing,” katanya.


Program Sepakat Bestari 2009 itu adalah merupakan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Komuniti Bestari Daerah Sri Aman / Lubok Antu.


Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman (Bahagian Pembangunan), Felicia Tan, Pegawai Penerangan Bahagian, Bahagian Sri Aman / Betong, Charles Sigat Asson, Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah Girie, Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu, Lolita James, para ketua kaum dan pegawai kerajaan di sini.


Tamat.


No comments:

Post a Comment