Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2009

Dalinez juara Band Boyz Starz Competition 2009

SRI AMAN, Rabu (11 Nov) – Kumpulan Dalinerz muncul juara bagi Pertandingan Band Boyz Starz Competition 2009 bertempat di perkarangan premis Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) cawangan Sri Aman baru-baru ini.

Pertandingan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan kerjasama KFC cawangan Sri Aman itu menyaksikan kumpulan terbabit muncul juara setelah mempersembahkan lagu berjudul 'Hilang' dan 'Seindah Kamu'.

Dengan kemenangan itu kumpulan Dalinerz berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM300 beserta dengan sebuah piala kejuaraan pertandingan berkenaan.

Sementara itu kumpulan One band pula muncul pemenang naib juara menerusi persembahan lagu berjudul 'Taubat Maksiat' dan 'Keterlaluan' menerusi pertandingan terbabit.

Kedudukan naib juara ini membolehkan One Band membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM200 beserta sebuah piala pemenang tempat Ke-2 dalam Pertandingan Band Boyz Starz Competition 2009 ini.

Manakala, tempat ketiga pula disandang oleh kumpulan Mantra menerusi lagu yang berjudul 'Malaikat' dan 'Tersesal'. Kemenangan ini membolehkan Mantra membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100 dan piala iringan.

Bagi Pertandingan Karaoke Terbuka pula, tempat pertama telah disandang oleh Zulazhar bin Ismail yang mendendangkan lagu berjudul 'Tetap Bertahan'.

Tempat kedua dalam pertandingan itu dimenangi oleh Nor Syazwani Basri yang mendendangkan lagu berjudul 'Matahari' manakala tempat ketiga pula disandang oleh Norabbsah Masa'ud dengan lagu yang berjudul 'Hajat'.

Ketiga-ketiga pemenang bagi pertandingan karaoke terbuka ini masing-masing telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100, RM80, RM60 beserta dengan piala iringan yang lain.

Terdahulu, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kedua-dua pertandingan ini telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Mohd Israk Ismail.

Hadir sama, Pengurus KFC Sri Aman, Acha Reang serta para kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman yang lain. Sebanyak sembilan buah kumpulan kugiran dan 10 orang peserta pertandingan karaoke mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga jam 2 itu.

Tamat...

No comments:

Post a Comment