Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 November, 2009

Cungkil potensi sukan anak-anak kata Harden


Caption: PENGHARGAAN... Anyang (dua kiri) sedang menyampaikan cenderamata kepada Harden sambil diperhatikan oleh Jaraie (kiri) ketika berlangsungnya kejohanan olahraga di sekolah tersebut.


SRI AMAN, Isnin (2 Nov) – Potensi anak-anak dalam bidang sukan dapat dicungkit sepenuhnya jika ibubapa dan guru ‘turun padang’ bagi menjayakan usaha berkenaan demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Francis Harden anak Hollis.


Dua pihak ini menurut beliau mampu menilai bakat sukan sebenar dalam diri anak-anak sekiranya mereka sepakat untuk menganjurkan secara bersama sesebuah program sukan itu seperti kejohanan olahraga di sekolah masing-masing dari masa ke semasa.


“Dengan kata lain, ibubapa perlu memberi galakan anak-anak untuk menceburi diri dalam bidang sukan manakala guru boleh bertindak sebagai fasilitator bagi tujuan berkenaan.


“Jangan halang atau mempengaruhi anak-anak agar benci sukan kerana tindakan mereka (ibubapa) ini sekaligus boleh menghalang usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai atlit berwibawa pada masa akan datang,” katanya.


Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga Antara Rumah Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lintang, Sri Aman baru-baru ini.


Selain itu penganjuran pertandingan sukan olahraga menurut beliau juga secara tidak langsung dapat mewujudkan keseimbangan dalam sahsiah perkembangan diri anak-anak selepas ini.


“Ini kerana ia secara tidak langsung membantu melengkap segala ciri yang ada bagi seorang modal insan yang berkualiti kelas pertama mahupun dari segi kepandaian akademik atau sukan.


“Justeru saya berharap kejohanan olahraga dapat dijadikan pentas untuk mencungkil dan memupuk minat anak-anak dalam sukan selepas ini,” katanya.


Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai, Guru Besar SK Batu Lintang, Mohd Jaraie, Yang Dipertua PIBG, Anyang Datuk Edwin dan ketua kaum dari sekitar daerah ini.


Harden menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Batu Lintang, Sri Aman. Tamat...


No comments:

Post a Comment