Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 November, 2009

BN ada konsep dan dasar laksana pembangunan - Lawson


Caption: SEBAGAI KENANGAN....Chuat (kanan) menerima cenderamata daripada pihak penganjur dalam majlis itu.

BETONG, Selasa (3 Nov) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai dasar dan konsepnya yang tersendiri untuk melaksanakan pelan pembangunan di negeri ini berbanding dengan parti pembangkang kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat.

Ini kerana kerajaan BN adalah sebuah kerajaan demokratik yang cukup ideal dan mempunyai prestasi yang baik dalam mempertingkatkan taraf hidup rakyat menerusi perlaksanaan projek pembangunan di kawasan masing-masing selama ini.

“Kemenangan berterusan BN adalah hasil sokongan rakyat yang membolehkan kerajaan melaksanakan rancangan pembangunan tanpa sebarang gangguan kerana konsep serta dasar pemerintah itu sudah diguna sebelum ini.

“Justeru adalah tidak berbaloi bagi rakyat untuk mengubah sistem yang sedia dengan mengundi calon pembangkang ketika berlangsung pilihan raya kerana tindakan itu hanya akan membuang masa rakyat itu sendiri serta merugikan dari semua sudut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Penyampaian Sijil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Perasmian Biro Wanita Rumah Panjang Tr Mara, Serudit B, Betong baru-baru ini.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas

Selain kata Lawson rakyat berbilang kaum yang tinggal di luar bandar umpamanya amat beruntung kerana kebanyakkan projek pembangunan telah dilaksanakan hasil perpaduan di kalangan diri masing-masing.

“Oleh itu saya berharap agar hubungan perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum dalam negeri ini dapat diperkukuhkan demi mempercepatkan lagi proses pembangunan dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak masing-masing bernilai RM5,000 kepada JKKK Serudit A dan Serudit B.

Hadir sama ialah Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel, Pegawai Daerah Betong Friday Bellik, Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dr Richard Rapu, dan para pegawai kerajaan dari sekitar Betong.

Tamat....


No comments:

Post a Comment