Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 November, 2009

Amalan 5S dilancar secara rasmi


Caption: UNTUK ALBUM...Shamshuddin (tengah) bersama kakitangan pejabat kerajaan sebaik sahaja selesai majlis pelancaran amalan 5S di sini kelmarin.

SRI AMAN, Sabtu (14 Nov) - Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dengan rasminya telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Ke Arah Pensijilan Amalan 5S untuk kakitangan Pejabat Residen Sri Aman, Pejabat Daerah Sri Aman, Lubok Antu dan Pejabat Daerah Kecil Pantu, Lingga dan Engkilili kelmarin.

Majlis Pelancaran Ke Arah Pensijilan Amalan 5S ini telah dirasmikan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Abang Samsuddin bin Haji Abang Seruji bertempat di perkarangan hadapan Pejabat Residen Sri Aman

Dalam ucapan beliau, amalan Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) harus dikekalkan dan diamalkan sepanjang masa untuk membentuk prasarana pejabat yang menarik serta kemas di mata masyarakat.

Amalan 5S tambah Shamshuddin harus dipupuk dan dilaksana oleh setiap kakitangan kerajaan agar para penduduk iaitu pelanggan tidak memandang serong terhadap kualiti kerja serta khidmat mereka.

“Jika seseorang kakitangan awam sentiasa mengamal serta menjiwai amalan 5S maka tidak mustahil beliau akan terbawa-bawa amalan tersebut ke rumah untuk dipraktikkan.

“Inilah kebaikan amalan 5S dan ia menjadi satu petunjuk yang baik agar setiap lapisan penduduk dalam Bahagian Sri Aman ini sedar akan betapa pentingnya amalan 5S untuk diamalkan sepanjang masa,” menurut beliau.

Tegas beliau lagi, amalan 5S bukan sahaja membentuk seseorang kakitangan awam untuk menjadi cemerlang dalam segala urusan pejabat malah ia lebih memberi fokus terhadap perkhidmatan yang lebih sistematik dalam memudahkan untuk bekerja.

“Justeru saya menyeru agar setiap kakitangan Pejabat Residen dan Pejabat-Pejabat Daerah Sri Aman untuk sentiasa mengamalkan serta menjiwai amalan 5S. Tahniah kepada semua yang telah hadir dalam kempen amalan 5S kali ini,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Timbalan Residen (Bahagian Pembangunan Sosial) Felicia Tan, pemangku Pegawai Daerah Sri Aman, Mahri Saparwi, para pegawai kerajaan dan kakitangan jabatan kerajaan dari sekitar Bahagian Sri Aman.

Turut berlangsung pada majlis terbabit ialah gimik perasmian dan pelancaran Amalan 5S, kerja gotong-royong membersihkan kawasan Pejabat Residen Sri Aman, jamun ringan dan sesi fotografi bersama peserta yang terlibat dalam majlis itu.

Tamat.


No comments:

Post a Comment