Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 November, 2009

80 peserta bakal sertai Kem Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Sarawak 2009 di Betong

SRI AMAN, Rabu (18 Nov) – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak akan menganjurkan Kem Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Sarawak 2009 bertempat di Bukit Saban Tropical Resort, Betong bermula dari 21 hingga 24 November ini.

Pegawainya Mohd Yusli Nassir berkata seramai 80 peserta berumur antara 15 hingga 18 tahun yang terdiri daripada ahli Kelab Rukun Negara Sekolah Bahagian Betong, Sri Aman, Kuching dan Samarahan yang berumur dari 15 hingga 18 tahun akan menyertai kem terbabit.

"Program ini merupakan salah satu Program Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dalam membantu kerajaan mencapai perlaksanaan Gagasan 1 Malaysia sebelum ini.

“Ia bertujuan untuk menghimpunkan remaja sekolah yang terlibat secara langsung dengan Kelab Rukun Negara dan seterusnya membentuk nilai ketahanan diri, mental dan emosi dikalangan peserta aktiviti program perkhemahan,” katanya.

Selain itu kem ini kata Yusli juga bertujuan mengukuhkan nilai agama, kekeluargaan dan kejiranan melalui prinsip rukun negara disamping untuk memupuk semangat kesetiaan kepada negara.

Malahan program ini secara tidak langsung dapat menerapkan amalan murni, bersopan santun dan berbudi bahasa dikalangan peserta disamping penerapan prinsip kesopanan dan kesusilaan selaras dengan Gagasan 1 Malaysia.

“Pelbagai aktiviti menarik akan diselitkan menerusi kem ini nanti termasuklah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Ceramah, Senaman, Sukaneka dan Kembara Rukun Negara.

“Majlis Penagguhan Kem ini dijangka akan berlangsung pada 24 November bermula jam 10 pagi,” menurut beliau.

Peserta program ini nanti terdiri dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Saint. Joseph dan SMK Tun Abdul Razak, SMK Taee, SMK Tebakang, SMK Asajaya, SMK Simunjan), SMK Simanggang, SMK St. Luke, SMK Engkilili dan SMK Lubok Antu dan SMK St. Augustine.

Tamat.

No comments:

Post a Comment