Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 November, 2009

8 team berentap dalam Piala Jabu


Caption: BERSALAM…Uggah bersalaman dengan para pemain semasa merasmikan Kejohanan Piala Datuk Patinggi Jabu yang diadakan di padang Komplek Sukan Betong, petang Sabtu lalu. Turut mengiringinya Presiden (PBSB) Nelson Kloni Kanan (kiri).


By EDWIN RAOH



BETONG: Sebanyak lapan pasukan yang dibahagi kepada dua kumpulan akan bersaing bagi merebut Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Patinggi Jabu pada 2009 yang bermula pada petang Sabtu lalu.

Kumpulan A terdiri daripada pasukan Fazzuan F.C Kabong, layer Utd. Betong, Pelados F.C. Spaoh dan Kumpulan B Repkajaya F.C Saratok, Bankers My Team 4 Betong, Adiqa F.C. Spaoh dan Pskpp Betong.

Dalam perlwananan pembukaan tirai, Sabtu lalu, Mainstream F.C berjaya menumpaskan Pelados dengan keputusan 3-2.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Uggah Embas Embas telah diberi kepercayaan untuk merasmikan sepak mula yang diadakan di Padang Kompleks Sukan Betong.

Piala Datuk Patinggi Jabu anjuran Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (PBSB) diadakan tiap-tiap tahun kecuali pada 2003 dan 2004 disebabkan kerja-kerja menaiktaraf Kompleks Sukan Betong yang merupakan gelanggang perlawanan utama.

Sementara itu pasukan Fazzuan F.C Kabong muncul juara pada musim lalu.

Tamat….


No comments:

Post a Comment