Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 November, 2009

53 peserta sertai Kursus Kaunseling HIV / AIDS


Caption: UNTUK ALBUM...Para pencemarah dan peserta merakamkan gambar kenang-kenangan sebaik sahaja tamat kursus di sini baru-baru ini.


SRI AMAN, Isnin (23 Nov) – Seramai 53 orang kakitangan kerajaan dari Pejabat Pergigian, Pejabat Kesihatan dan Hospital Bahagian Sri Aman mengambil bahagian dalam Kursus Kaunseling HIV / AIDS bertempat di bilik persidangan sebuah hotel tempatan dalam bandar ini baru-baru ini.

Kursus Kaunseling HIV / AIDS anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman itu bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta mengenai teknik tapisan dan kaunseling ke atas penyakit HIV dan AIDS.

“Objektif kursus ini juga adalah untuk memperlengkapkan kemahiran dalam mengenalpasti dan merujuk klien yang berisiko tinggi untuk tujuan tapisan dan kaunseling penyakit terbabit.

“Malahan Kursus Kaunseling HIV / AIDS ini juga membolehkan para peserta untuk mengambil bahagian dalam contoh latihan penapisan dan kaunseling mengenai penyakit terbabit,” kata jurucakap majlis ketika ditemui pada kursus terbabit.

Kursus ini yang berlangsung selama dua hari di hotel berkenaan telah dikendalikan oleh Lily anak Kumbong, Margaret Minong, Rowland Mitop, Sendry Uti, Iyam Salidap, Jamaeini Bohari dan Buda anak Ason.

Kesemua ceramah dalam kursus berkenaan telah disampaikan oleh Dr Murnihayati Ali, Buda Ason / Sendry Uti, Dr Wong Toh Mee, Dr Muhd Ghazali Ahmad Narihan, Margaret Minong, Rowland Litop, Dr Hajah Hayati Ja’afar, Wong Mui Poh dan Tan Man Syn.

Antara ceramah yang disampaikan dalam kursus ini adalah Clinical Spectrum Of HIV / AIDS Infection, Peadiatrik HIV / AIDS And It’s Immunization Schedules, Reducing Maternal Fetal HIV Transmission And It’s Management, Positive Living, Death and Dying, Taking Drugs And Sexual History dan Public Health Aspect Of Handling Of HIV Health.

Tamat.


No comments:

Post a Comment