Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 November, 2009

35 peserta jayakan kempen derma darah anjuran sokanjaya dan shecom JKR Betong











Caption:

1. PENGHARGAAN... Richard Tajan(kanan) sedang menyampaikan cenderahati kepada wakil dari Bank Darah Hospital Betong, Bidit Mabu ketika berlangsungnya kempen itu.

2. PRIHATIN...Para peserta kelihatan sedang menderma darah ketika berlangsungnya kempen terbabit baru-baru ini.

BETONG, Ahad (1 Nov) – Kelab Sokanjaya dan SHECOM dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Bahagian Betong telah menganjurkan Kempen Derma Darah 2009 di sini baru-baru ini.

Kempen Derma Darah anjuran kedua-dua kelab dari JKR Bahagian Betong ini yang turut mendapat kerjasama dari Bank Darah, Hospital Bahagian Betong telah melibatkan penyertaan sejumlah 35 orang awam, kakitangan kerajaan dan swasta dari bandar Betong ini.

Jurucakap penganjur program ketika ditemui menjelaskan bahawa Kempen Derma Darah ini dianjurkan bagi menambahkan bekalan darah di Hospital Betong dan juga merupakan salah satu tahunan aktiviti Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Betong.

“Aktiviti Kempen Derma Daraj ini mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua penduduk setempat, kakitangan kerajaan dan swasta di Bahagian Betong, yang mana lebih 60 orang telah hadir bagi membuat saringan pemeriksaan kesihatan pada kempen itu.

“Justeru diharap agar kempen derma darah ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada semua sekiranya ia dianjurkan semula pada tahun hadapan,” katanya.

Majlis perasmian kempen derma darah tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Betong iaitu Dr. Anthony Laiseh.

Hadir sama semasa majlis perasmian tersebut ialah Jurutera Bahagian merangkap Presiden Sokanjaya, JKR Bahagian Betong, Richard Tajan, Penguasa Tanah dan Survei, Betong, Peggy Ronin Edin dan Akauntan, Perbendaharaan Negeri, Bahagian Betong iaitu Norfaezah.

Tamat.





No comments:

Post a Comment