Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 November, 2009

20 orang Pegawai Teknologi Pendidik Zon Tengah sertai kursus pusat sumber


Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta dan penceramah sedang bergambar kenangan ketika berlangsungnya kursus berkenaan di salah sebuah hotel di Sibu baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (26 Nov) – Seramai 20 orang Pegawai Teknologi Pendidik Zon Tengah mengambil bahagian dalam Kursus Pengurusan dan Penggunaan Pusat Sumber bertempat di sebuah hotel di Bandar Sibu baru-baru ini.

Menurut siaran akhbar yang diterima di sini kelmarin Kursus Pengurusan dan Penggunaan Pusat Sumber yang berlangsung selama empat hari itu adalah merupakan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak.

“Penceramah kursus berkenaan terdiri daripada Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak iaitu Annie Teresa, Leonora Penny, Dayang Radzipah, Mawang dan Jeevareani.

“Ia bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu pengurusan dan penggunaan pusat sumber dikalangan para peserta kursus ini disamping menekankan lagi Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) dikalangan murid sekolah,” menurut kenyataan terbabit.

Selain itu Kursus Pengurusan dan Penggunaan Pusat Sumber ini juga bertujuan untuk menambahkan aktiviti program Gerakan Tabiat Membaca dikalangan orang ramai khususnya para murid.

Justeru untuk memantapkan lagi pengetahuan mengenai kursus berkenaan para peserta telah dibawa untuk mengunjungi Pusat Sumber yang terletak di Sekolah Jenis Kebangsaan Su Lai dalam bandar berkenaan.

“Paling ialah para peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan baru aspek pengurusan dan penggunaan pusat sumber di sekolah demi memantapkan lagi proses pembelajaran murid di masa akan datang,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment