Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 November, 2009

16 persatuan dan kampung terima MRP daripada Harden


Caption:

UNTUK ALBUM...Harden (duduk tengah) merakamkan gambar kenang-kenangan bersama para penerima sebaik sahaja tamat majlis hari ini. Turut kelihatan ialah Abang Shamshuddin (duduk dua kiri). Foto: ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Khamis (5 Nov) – Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis telah menyampaikan cek wang Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi tahun 2009 yang mencatat nilai keseluruhan berjumlah RM110,000 kepada 16 penerima dari sekitar daerah Sri Aman.

Kesemua 16 penerima yang terdiri daripada tiga buah persatuan dan 13 buah rumah panjang dari sekitar Sri Aman itu telah menerima cek terbabit menerusi majlis yang berlangsung di Pejabat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang di sini hari ini.

Salah satu daripada tiga buah persatuan ini iaitu Jawatankuasa Sambutan Perayaan Bahagian Sri Aman (Pejabat Residen Sri Aman) telah menerima cek MRP tertinggi bernilai RM60,000 pada majlis berkenaan.

Manakala Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Unit Putat dan Soon Heng Benevolent Society Lingga masing-masing menerima sebanyak RM3,000 dan RM2,000 pada majlis berkenaan.

Selebihnya RM45,000 lagi baki keseluruhan jumlah peruntukan MRP bagi tahun 2009 berkenaan telah diagihkan kepada 13 buah rumah panjang yang terdapat dalam daerah Sri Aman ini.

Terdahulu beliau menerusi ucapannya telah menasihatkan kesemua para penerima terbabit agar memanfaatkan peruntukkan MRP ini dengan sebaik boleh dan tidak disalahguna bagi tujuan yang kurang bermanfaat.

Ini kerana menurut beliau, peruntukkan MRP ini adalah merupakan satu bantuan penting dari kerajaan negeri bagi membolehkan para rakyat mempertingkatkan tahap kemajuan masing-masing yang mencakupi bidang ekonomi dan sosial.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin bin Abang Seruji, Penghulu Haji Salleh, Pemanca Sii Toh Peng, para wakil persatuan dan ahli jawatankuasa SUPP Simanggang.

Tamat.


No comments:

Post a Comment