Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 November, 2009

13 murid SK Abang Aing dapat 5A dalam UPSR

SRI AMAN, Khamis (19 Nov) - Seramai 13 orang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing, Sri Aman mencatatkan keputusan 5A dalam semua matapelajaran menerusi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 yang diumumkan hari ini.

Pelajar cemerlang terbabit ialah Aliss Sandra anak Ugas, Alistair Selumbang anak Ambu, Ariessha binti Azhar, Awang Iskandar bin Awang Busrah dan Awang Muhammad Shahiran bin awang Iskandar.

Mereka yang lain pula terdiri dari Florence Munai anak Jonny, Hazwani Bazilah binti Bostami, Norcahaya binti Sulaiman, Nur Faris binti Hossin, Nurul Shafiqah binti Hamzah, Suzannie anak George Kana, Ummu Zaimah binti Ahmad dan Wan Mohamad Taufiq bin wan Ismail.

Terdahulu Guru Besar SK Abang Aing, Wan Ismail Wan Chula berkata, seramai 140 orang pelajar sekolah ini menduduki ujian peperiksaan UPSR bagi tahun 2009.

Daripada jumlah tersebut katanya seramai 13 orang murid sekolah terbabit mendapat keputusan cemerlang 5A manakala 30 orang murid pula mendapat keputusan 4A 1B.

"Ini merupakan sejarah baru bagi sekolah ini dimana seramai 13 orang murid sekolah ini mendapat keputusan cemerlang 5A berbanding sembilan orang murid yang mendapat nilai yang sama bagi ujian UPSR tahun 2008,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita sebaik sahaja selesai Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah bertempat di sekolah berkenaan dekat sini hari ini.

Walaupun kadar peratus keputusan peperiksaan sekolah ini menurun kepada 59 peratus bagi tahun ini namun peratus keputusan untuk beberapa mata pelajaran itu ujian menurut beliau telah meningkat.

"Sasaran jumlah murid untuk mendapat keputusan 5A bagi ujian ini adalah 20 orang. Bagaimanapun pihak kita masih lagi berasa bangga kerana berjaya menghasilkan seramai 13 orang murid cemerlang pada ujian itu.

"Kita tetap bersyukur kerana keputusan ini merupakan sejarah pertama bagi SK Abang Aing untuk mendapat jumlah yang begitu besar calon murid yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR untuk tahun ini," katanya.

Sementara itu seramai sembilan orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Aman mendapat keputusan 5A bagi ujian yang sama manakala SK Saint Luke, Sri Aman dan SK Sri Aman pula masing-masing mencatatkan seramai enam dan empat orang murid yang memperoleh keputusan 5A.Tamat.

Tamat....

No comments:

Post a Comment