Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 October, 2009

Wakil rakyat BN terus semangat bekerja - Rayong



Mugshot: DR JOHNNICAL RAYONG NGIPA


Fact from Edwin Raoh

ENGKILILI, Sabtu (10 Okt) – Fitnah dan pembohongan yang dilempar oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) selama ini akan menguatkan lagi semangat kerja dalam mereka demi pembangunan hidup rakyat.




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr. Johnical Rayong anak Ngipa berkata demikian ketika berucap pada Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Lubok Antu bertempat di Rumah Sibat Keruntap, Kampung Jelukong, Engkilili petang kelmarin.




“Fitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab itu hanya akan membuatkan wakil rakyat BN lebih bersemangat untuk bekerja demi membuktikan bahawa dakwaan itu adalah bohong serta tidak berasas di hadapan mata rakyat,” katanya.




Selain itu suasana politik yang ‘panas’ di negara ini menurut beliau juga tidak melemahkan semangat wakil rakyat BN untuk terus bekerja keras demi pembangunan hidup rakyat.




Menurut Rayong sudah menjadi visi kerajaan BN untuk memastikan semua rakyat dalam negara ini terus menikmati faedah pembangunan yang berterusan tanpa dibelenggu oleh masalah politik.
“Paling penting ialah rakyat terus memberikan sokongan seratus-peratus terhadap kerajaan BN demi memastikan kesinambungan projek pembangunan dalam negara ini khususnya di Sarawak.
“Amalkan sikap berfikiran secara terbuka. Jangan terlalu fokus dan terikut-ikut dengan senario politik yang sedang panas dalam negara sekarang kerana agenda pembangunan hidup adalah paling penting dalam diri rakyat,” kata Rayong.
Terdahulu Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Lubok Antu bertempat di Rumah Sibat Keruntap ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.
Hadir sama ialah Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Engkilili, Brayan anak Lenja, Pembantu Luar Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak, Engkilili, Edwin Ancheh, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Lubok Antu, Kumpang anak Datuk Tutong, para ketua jabatan serta ketua kaum dalam daerah ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment