Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 October, 2009

Tadika Kampung Tengah, Betong lawat IPD Betong


Caption: UNTUK ALBUM...Murid Tabika Kampung Tengah Betong merakamkan gambar kenang-kenangan bersama guru pengiring mereka ketika mengadakan lawatan sambil belajar di IPD Betong kelmarin.

BETONG, Khamis (15 Okt) – Seramai 44 orang murid dari Tabika Kampung Tengah, Betong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibupejabat Polis Daerah Betong (IPD) kelmarin.

Kedatangan rombongan lawatan sambil belajar yang melibatkan tiga orang guru dan Penyelia Pra-Sekolah KEMAS Betong ini telah disambut oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Betong iaitu Inspektor Mohd Hadi dan Sarjan Niby dari cawnagan Hal Ehwal Awam ibupejabat polis berkenaan.

Menerusi lawatan itu, rombongan murid tabika ini telah dibawa melawat ke pameran cawangan Persenjataan, cawangan Jabatan Siasatan Jenayah, cawangan Narkotik dan cawangan KBKA / KTD.

Disamping diberi peluang untuk melihat kereta peronda MPV milik polis, kesemua murid-murid dan guru penyelia mereka juga telah diberi penerangan ringkas berkenaan tugas-tugas anggota polis di negara ini.

Terdahulu ketua rombongan berkenaan, Dayang Norhidawati Abg Taha berkata lawatan sambil belajar ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh pihak Tabika Kemas pada setiap tahun.

“Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid Tabika supaya mereka tahu dan memahami fungsi dan peranan PDRM dalam menjaga keamanan negara,” katanya sambil menambah bahawa lawatan ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang murid.

Menerusi lawatan berkenaan para murid Tabika itu juga telah diberi peluang untuk menaiki motosikal berkuasa besar milik cawangan Traffik dan kereta peronda MPV IPD Betong.

Mereka juga turut dipedengarkan siren yang mengamatkan suasana lawatan sebelum kesemua murid tadika dan guru pengiring mereka ini menghadiri majlis jamuan ringan yang disediakan oleh pihak IPD Betong.

Tamat.

1 comment:

  1. kalau ada berita tentang ipd betong 2 kita crta lah sama kami..hehe..

    ReplyDelete