Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 October, 2009

Skim Kawalan Harga Deepavali 12 - 21 Oktober ini


Caption: PENGUMUMAN...Roslan (jaket hitam) ketika bercakap pada sidang media di pejabatnya hari ini.

SRI AMAN, Rabu (7 Okt) – Skim Kawalan Harga sempena Musim Perayaan Hari Deepavali bakal berkuatkuasa di Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu mulai 12 hingga 21 Oktober ini.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Sri Aman, Wan Roslan Esmanto bin Wan Johari berkata sejumlah
14 barangan terkawal mengikut harga maksimum (syiling) runcit telah disenaraikan dalam skim kawalan harga ini.

Ia adalah Ayam Hidup, Ayam Standart, Ayam Super, Daging Kambing Tempatan Bertulang, Daging Kimbing Biri-Biri Import Bertulang, Daging Kimbing Biri-Biri Import Tanpa Tulang, Telur Ayam Gred A, B, C, Cili Merah, Tomato, Kelapa Parut, Ubi Kentang Import dan Bawang Merah Kecil (India).

“Bagi empat kawasan itu, harga maksimum (syiling) sekilogram jualan barangan kawalan seperti ayam hidup adalah RM7, Ayam Standart RM8.30, Ayam Super RM8.80, Daging Kambing Tempatan Bertulang RM32, Daging Kimbing Biri-Biri Import Bertulang RM15, Daging Kimbing Biri-Biri Import Tanpa Tulang RM18, Cili Merah RM10, Tomato RM5, Kelapa Parut RM2.50, Ubi Kentang Import RM3 dan Bawang Merah Kecil (India) RM5.

“Manakala itu harga maksimum syiling bagi Telur Ayam Gred A (berat antara 65 hingga 69.9 gram) sebiji ialah 34 sen, Telur Ayam Gred B (berat 60 hingga 64.9 gram) pula ialah 33 sen sebiji dan gred C pula ialah 32 sen sebiji (berat 55 hingga 59.9 gram),” menurut Roslan pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Untuk itu beliau mengingatkan para peniaga runcit di kawasan Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu agar tidak menjual barangan terkawal ini melebihi harga maksimum syiling seperti mana yang telah dinyatakan di atas.

Para peniaga menurut Roslan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 hingga RM7,500 jika disabitkan bersalah dibawah Sekyen 5 Akta Kawalan Harga 1946 berhubung skim kawalan harga ini.

“Malahan tindakan juga akan diambil terhadap peniaga yang tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu (terhadap barangan kawalan), gagal mempamerkan lesen jualan barangan tersebut dan tidak meletakkan tanda harga pada barang kawalan terbabit,” menurut beliau.

Orang ramai dari keempat-empat kawasan daerah berkenaan menurut beliau juga dinasihatkan untuk pihak KPDNKK Sri Aman menerusi talian 083-323836 jika terdapat peniaga yang bertindak melanggar skim kawalan harga terkawal ini.

Tamat.



No comments:

Post a Comment