Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 October, 2009

Sedia hadapi SCORE - Nyalau


Caption: PENGHARGAAN...Nyalau (kiri) menerima cenderamata daripda Tr Pengiran (kanan) sambil disaksikan oleh Rayong (kiri Nyalau) ketika berlangsungnya majlis semalam.

SKRANG, Ahad (18 Okt) – Perlaksanaan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) di kawasan wilayah tengah Sarawak bakal menjana sejumlah 1.5 juta peluang pekerjaan apabila ia siap dilaksana kelak kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Justeru bagi mengisi kapasiti kekosongan kerja itu nanti, beliau telah menasihat para pelajar khususnya dalam kawasan Lubok Antu untuk mencapai status pencapaian akademik yang cemerlang sebelum layak memohon kerja di SCORE selepas ini.

“Dengan kata lain para pelajar khususnya dalam kawasan Lubok Antu perlu berusaha keras mulai sekarang untuk mencapai status pembelajaran yang tinggi dalam bidang akademik.

“Pelajar perlu cemerlang dalam bidang akademik sekiranya mereka mahu bersaing secara lebih sihat ketika mahu merebut peluang pekerjaan di SCORE pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran bertempat di Rumah Pengiran Baloi, Skim Skrang, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman kelmarin.

Selain itu kata Nyalau Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) perlu memainkan peranan penting sebagai sebuah ‘jambatan’ untuk menghubungkan penduduk dengan kerajaan di kawasan masing-masing.

Menurutnya, kerajaan memerlukan pertubuhan seperti JKKK sebagai sebuah saluran penting untuk menyampaikan pelbagai masalah yang mempunyai hubung kait dengan sesebuah kelompok penduduk terbabit kepada kerajaan.

“Dengan adanya fungis JKKK itu, kerajaan tidak akan mempunyai sebarang kerumitan untuk mengenalpasti masalah berkenaan dan seterusnya melaksanakan program atau projek yang mampu menyelesaikan permasalahan berkenaan,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bagi Parlimen P2.03 Lubok Antu, Geoffery Baja Ricky Maba, Pembantu Luar Kanan JASA Engkilili, Edwin Ancheh, wakil jabatan kerajaan dan ketua kaum dalam daerah itu.

Beliau menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Rumah Pengiran manakala RM5,000 lagi untuk biro wanita rumah panjang berkenaan disamping menyampaikan sumbangan beras terhadap penduduk di situ.

Tamat.


No comments:

Post a Comment