Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 October, 2009

Saya mahu keluar dari SPDP - Ganing


Caption: TIDAK PUAS HATI...Ganing mahu keluar dari SPDP kerana timbulnya salah faham dalam cawangan partinya sebelum ini.

SRI AMAN, Rabu (14 Okt) – Seorang warga emas dari Rumah Ambau, Kaong Ulu, Lubok Antu menyatakan kesediaannya untuk keluar dari Parti Progresif Demoktarik Sarawak (SPDP) cawangan Lubok Antu disebabkan timbulnya salah faham diantara beliau dengan ahli cawangan parti itu sebelum ini.

Ganing anak Alik, 57, yang memegang jawatan Bendahari SPDP cawangan Lubok Antu sebelum ini ketika tampil menemui pemberita berkata beliau mula ‘disisihkan’ dari cawangan parti itu semenjak berlakunya krisis Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada tahun 2003 dahulu.

“Pada ketika itu terdapat dua kem dalam PBDS. Kem pertama diketuai oleh pakatan Dato Sri Dr James Jemut Masing dan Datuk Sng Chee Hua manakala kem kedua diketuai oleh Jawah Gerang dan Datuk Daniel Tajem.

“Saya memilih untuk mengikuti Jawah Gerang kerana dia pada ketika Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Lubok Antu. Sebabnya adalah hanya untuk mendapatkan projek kerajaan bagi tujuan pembangunan rumah panjang kami dan tiada sebab lain,” menurut beliau.

Bagaimanapun beliau yang masih dalam cawangan parti SPDP Lubok Antu pada ketika itu mendakwa bahawa mula disisihkan oleh ahli cawangan partinya yang lain dipercayai kerana mengikuti Jawah Gerang.

Cawangan parti SPDP Lubok Antu dakwa Ganing tidak pernah memanggil beliau untuk bermesyuarat di Lubok Antu termasuk juga untuk menghadiri mesyuarat delegasi di Kuching.

“Sudah empat tahun saya tidak pernah dipanggil untuk bermesyuarat atas sebab ini. Justeru saya bercadang mahu meletak jawatan sebagai ahli SPDP cawangan Lubok Antu dalam masa terdekat kelak.

“Saya mahu masalah ini mendapat perhatian dari kalangan pemimpin tertinggi parti SPDP itu sendiri terutama daripada presidennya iaitu Dato Sri William Mawan Ikom,” katanya.

Untuk itu beliau yang bercadang tidak mahu menyertai mana-mana parti selepas ini berharap agar pihak pemimpin tertinggi SPDP dapat sambil menambah bahawa para pemimpin SPDP boleh menghubunginya menerusi talian 013-8126380 sekiranya mahu mengetahui lebih lanjut tentang isu terbabit.

Tamat.


No comments:

Post a Comment