Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 October, 2009

Sa'ati perjuangkan hidup rakyat - Harden

Caption: RASMI...Harden (tengah) bersama Dr Soon (kiri beliau) dan David Teng (tiga kanan) bersama tetamu undangan khas yang lain ketika menyempurnakan upacara simbolik dengan memotong kek majlis malam tadi.

SRI AMAN, Sabtu (3 Okt) – Ahli Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) harus mengekalkan semangat ‘Sa’ati’ ketika memperjuangkan hal kepentingan parti politik untuk rakyat dari masa ke semasa.

Penolong Setiausaha Parti SUPP Pusat, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam bersempena dengan sambutan Perayaan Kuih Bulan 2009 anjuran Pergerakan Pemuda SUPP cawangan Simanggang bertempat di Mini Stadium Sri Aman malam tadi.

Menurut beliau matlamat utama perjuangan dalam SUPP boleh dicapai sekiranya semua ahli bersependapat dan saling bekerjasama di bawah konsep semangat Sa’ati berkenaan untuk sepanjang masa.

“Rakyat meletakkan harapan kepada kita (SUPP) untuk memperjuangkan nasib kebajikan hidup mereka selama ini dan atas sebab ini mereka telah memberikan sepenuh sokongan terhadap SUPP bagi tujuan itu.

"Bagaimanapun SUPP boleh hilang sokongan daripada rakyat sekiranya kebajikan hidup mereka gagal diperjuangkan secara Sa’ati oleh semua ahli parti. Siapa rugi? Impaknya kelak akan dirasai oleh parti yang hilang sokongan berhubungan perkara ini,” katanya.

Selain itu beliau yang juga Menteri Muda Kemajuan Tanah berkata SUPP juga boleh mempratikkan amalan 1Malaysia menerusi slogan Sa’ati iaitu Ahli Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Atas sebab ini setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kita (SUPP) haruslah mempunyai ciri-ciri yang adil, prihatin dan tidak menyebelahi kepada satu pihak atau suku kaum sahaja," katanya.

Hadir sama ialah Menteri Muda Alam Sekitar Negeri Sarawak, Datuk David Teng Lung Chi, Menteri Muda Kesihatan Awam Negeri Sarawak, Datuk Dr. Soon Choon Teck, para barisan pemimpin SUPP cawangan, ketua kaum dan ahli parti SUPP dalam bandar ini.

Dalam pada itu, David dan Dr Soon masing-masing menyumbangkan RM10,000 kepada Jawatankuasa Tabung Bangunan Baru Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua menerusi penerimanya iaitu Pemanca Sii Toh Peng bagi tujuan membantu mengisi tabung bangunan baru sekolah terbabit.
Majlis Makan Malam bersempena dengan sambutan Perayaan Kuih Bulan 2009 anjuran Pergerakan Pemuda SUPP cawangan Simanggang bertempat di Mini Stadium Sri Aman malam tadi turut dimeriahkan lagi dengan acara memotong kuih bulan, persembahan karaoke dan juga cabutan nombor bertuah.
Tamat.

No comments:

Post a Comment