Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 October, 2009

Rujuk Jabatan Tenaga Kerja dulu sebelum terima offer kerja ke luar negara - August

SRI AMAN, Ahad (11 Okt) – Penduduk dalam negeri ini disaran agar lebih berhati-hati sekiranya mereka menerima tawaran bekerja di luar negara oleh agen pekerjaan menurut Timbalan Pengarah Tenaga Kerja Sarawak, August Buma.

Ini menurut beliau disebabkan oleh timbulnya aduan oleh penduduk di negeri ini yang mendakwa bahawa diri mereka ditipu setelah menerima tawaran untuk bekerja di luar negara oleh agen pekerjaan itu.

“Misalannya bermula dari bulan Januari hingga September tahun ini pihak Jabatan Tenaga Kerja telah menerima 295 aduan daripada penduduk negeri ini yang telah menerima tawaran bekerja di negara Singapura oleh agen pekerjaan tersebut.

“Mereka menerusi aduan itu mendakwa bahawa passpart mereka ditahan oleh majikan, bekerja lebih masa daripada yang sepatutnya, kadar gaji tidak sama seperti yang dijanjikan dan jenis kerja yang tidak sama seperti dimaklumkan oleh ejen sebelumnya,” menurut beliau.

August berkata demikian pada sidang media sebaik sahaja selesai Majlis Perasmian Program Penempatan Pekerjaan Bahagian Sri Aman 2009 anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak , Kementerian Sumber Manusia di Dewan Suarah Sri Aman kelmarin.

Untuk mengelakkan diri daripada ditipu oleh ejen pekerjaan berkenaan, beliau menasihatkan agar setiap penduduk negeri ini yang ada menerima tawaran kerja oleh ejen di luar negara itu untuk merujuk bakal majikan mereka di Jabatan Tenaga Kerja bagi tujuan pengesahan.

“Ini untuk kebaikan mereka sendiri. Pihak Jabatan Tenaga boleh mengesahkan untuk mereka sama ada bakal majikan syarikat mereka ini nanti adalah sah atau tidak,” kata beliau.

Selain itu August menerusi sidang media berkenaan mengingatkan para ejen pekerjaan agar tidak membawa penduduk di sini untuk bekerja ke luar negara tanpa melalui pihak Jabatan Tenaga Kerja terlebih dahulu.

“Mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Private Employment Agensi Act 1981 jika didapati bersalah berbuat demikian,” kata beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment