Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 October, 2009

Pertandingan Larian Obor Taman Harmoni meriah




Caption:

1. UNTUK ALBUM...Shamshuddin (berdiri tengah) bersama pegawai kerajaan dan ketua kaum bergambar kenang-kenangan bersama peserta pemenang pertandingan itu baru-baru ini.

2.TIDAK SABAR...Gelagat sebahagian peserta kategori kanak-kanak perempuan sebelum bermulanya pertandingan itu.

pix by Zulia Haji Jemat

SRI AMAN, Isnin (12 Okt) – Suasana sambutan perayaan Hari Raya di Taman Harmoni Sri Aman telah disemarakkan lagi menerusi penganjuran Pertandingan Larian Obor 2009 di kawasan perumahan berkenaan malam Jumaat lalu.

Pertandingan Larian Obor 2009 anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Melayu Taman Harmoni Sri Aman itu menyaksikan sebanyak tujuh buah kategori dipertandingkan menerusi acara terbabit.

Matassan bin Jenal muncul juara bagi Kategori Terbuka Lelaki 25 – 50 pada pertandingan itu manakala Abdul Hamid Senin dan Yusuf pula muncul naib juara dan pemenang tempat ke-3.

Sementara itu Kategori Terbuka Perempuan 25 – 50 pula menyaksikan Salmizah Kipli muncul juara sambil diikuti oleh Juhara Jorni dan Khanurliza Mazni Khalik yang menduduki tempat ke-2 dan ke-3 dalam pertandingan itu.

Kategori Terbuka Remaja 13 – 24 Tahun pula dimenangi oleh Mohd Syahban Hamirul Haimi manakala Mohd Hafiz Azmi dan Timothy Sebastian muncul pemenang tempat ke-2 dan ke-3 dalam pertandingan itu.

Pertandingan itu turut disemarakkan lagi menerusi penyertaan kanak-kanak dari taman perumahan berkenaan apabila Mohd Alif Najmi Abdul Rahman muncul juara bagi Kategori Kanak-Kanak Lelaki 10-12 Tahun.

Ia diikuti oleh Muhd Azim Matassan dan Ambruce Abang yang menduduki tempat ke-2 dan ke-3 bagi Kategori Kanak-Kanak Lelaki 10-12 Tahun berkenaan. Kategori Kanak-Kanak Perempuan 10-12 Tahun menyaksikan Magnolia Bong muncul juara sambil diikuti oleh Patricia Lulong di tempat ke-2 dan Nur Izannie Haji Malie di tempat ke-3.

Bagi Kategori Kanak-Kanak Lelaki 7 – 9 tahun, Muhd Ikram Sazali telah dinobatkan sebagai pemenang manakala Awang Amirnizam Awang Hassan dan Mohd Syahmi Syahbulain masing-masing menduduki tempat ke-2 dan ke-3 dalam pertandingan itu.

Kategori Kanak-Kanak Perempuan 7 – 9 tahun pula menyaksikan Nurul Izzatul Shafina Abdul Hamid muncul juara bagi kategori terbabit sambil diikuiti oleh Patricia Ayong dan Syana Roslan yang menduduki tempat ke-2 serta ke-3 bagi pertandingan itu.

Kesemua hadiah dan piala kepada pemenang disampaikan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji pada majlis itu sambil disaksikan oleh pegawai kerajaan dan ketua kaum yang hadir.

Terdahulu juara kategori dewasa akan memperoleh hadiah wang tunai berjumlah RM50 dan sebuah piala manakala pemenang tempat ke-2 dan ke-3 pula akan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM30 dan RM20 beserta dengan piala.

Bagi Kategori Kanak-Kanak, peserta juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30 beserta piala manakala pemenang tempat ke-2 dan ke-3 akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20 dan RM10 beserta dengan piala.

Pertandingan yang bermula seawal jam 8 malam itu menyaksikan peserta Kategori Dewasa melakukan larian obor sejauh satu kilometer dalam kawasan Taman Harmoni ini bermula dari kawasan Lot 9409 hingga kembali ke kawasan lot yang sama sebanyak satu pusingan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment