Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 October, 2009

Penduduk Tanjung Bijat diminta jangan dengar hasutan, Mong


Caption: SIMBOLIK...Mong (tengah) sambil disaksikan oleh tetamu undang khas sedang menyempurnakan simbolik perasmian majlis di PPK Klinik Kesihatan Tanjung Bijat baru-baru ini.

LINGGA, Isnin (19 Okt) – Penduduk di kawasan Tanjung Bijat, Sri Aman dinasihat agar menolak kehadiran golongan pihak tertentu yang cuba mengagalkan penglibatan mereka dalam projek penanaman padi secara komersial selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Mong anak Dagang berkata demikian berikutan munculnya golongan pihak tertentu yang menghasut penduduk di Tanjung Bijat agar tidak melibatkan penggunaan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik masing-masing dalam projek penanaman padi secara komersial di situ sebelum ini.

“Penduduk Tanjung Bijat tidak harus melepas peluang peningkatan taraf hidup masing-masing menerusi penglibatan masing-masing dalam projek penanaman padi secara komersial di situ gara-gara dihasut oleh pihak tertentu sebelum ini.

“Jika penduduk Tanjung Bijat termakan hasutan terbabit maka mereka akan rugi kerana projek agropolitan bernilai RM200 juta itu sebenarnya boleh mengubah nasib hidup mereka selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Kebersihan dan Anti Denggi anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) dengan kerjasama PPK Klinik Kesihatan Tanjung Bijat di sini pada hari Jumaat lalu.

Penduduk Tanjung Bijat menurut Mong sebaliknya perlu mengambil peluang yang ditawarkan oleh kerajaan kepada mereka demi menaiktaraf hidup masing-masing pada masa hadapan.

“Anda tidak boleh mengadaikan masa hadapan diri masing-masing hanya disebabkan oleh hasutan oleh pihak tertentu yang mahu meraih sokongan politik semata-mata.

“Justeru saya berharap penduduk Tanjung Bijat berfikiran lebih terbuka dan bijak selepas ini sekiranya kumpulan itu cuba menghasut semula selepas ini,” katanya.

Kempen ini turut dihadiri oleh wakil Walikota Sri Aman, Kanselor Ronald Chengir, wakil MDSA, Christopher Sim, PPK Klinik Kesihatan Tanjung Bijat, Albert Mat, wakil Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman, Frederick Jimbai, Pengerusi Warga Emas Tanjung Bijat, Pengulu Tinggie dan Ketua Unit Warga Emas, Jali anak Binti.

Tamat.


1 comment:

  1. saya ank watan tg bijat..minta perhatian YB Mong yg terhormat,sejak tahun 1987 ketika berada di sek menengah di sri aman sehingga skrg tahun 2011 bekerja di semenanjung.bila tiba musim blk kpg betapa sedih nya melihat perubahan yg sgt lembap terutama jalanraya menghubungkan bandar sri aman ke tg bijat yang begitu amat teruk masih belum di turap.sampai bila keadaan ini akan berterusan wahai YB yang kami sanjung2 tinggi utk membela nasib rakyat.rintihan penduduk kpg mungkin tidak seperti mana di kawasan lain terutama di semenanjung.harap YB yang budiman faham serta dapat mengatasi masalah ini dengan rasa keperihatinan terhadap penduduk tg bijat dan penduduk2 yang berada di sekitar kawasan tg bijat.rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.salam 1 malaysia.

    ReplyDelete