Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 October, 2009

PBB N.27 Simanggang dibarisi beberapa muka baru

SRI AMAN, Rabu (7 Okt) – Mesyuarat perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi cawangan N.27 Simanggang yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Sri Aman pada 4 Oktober lalu menyaksikan muka baru bagi empat jawatan penting (dipilih) dalam cawangan parti terbabit.

Empat muka baru yang memegang empat jawatan penting dalam cawangan parti berkenaan adalah Guan @ Franklin Guang anak Juma, Agnes Nata anak Layus, Gangga anak Empang dan Migie anak Bulie.

Franklin menerusi mesyuarat perwakilan berkenaan telah dipilih sebagai Timbalan Ketua PBB cawangan N.27 Simanggang bagi penggal 2009 / 2012 setelah penyandang asalnya iaitu Tr Dio anak Serit bertindak menarik diri untuk bertanding bagi merebut jawatan terbabit.

Sementara itu Betty Manca pula gagal mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita setelah tewas ditangan Agnes Ngata anak Layus yang memperoleh 19 undi dalam mesyuarat perwakilan berkenaan.

Dua lagi muka baru iaitu Gangga anak Empang dan Migie anak Bulie pula telah dipilih untuk mengisi Ahli Jawatankuasa PBB cawangan N.27 Simanggang bagi penggal 2009 / 2012.

Terdahulu Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah dipilih sebagai Ketua Cawangan PBB cawangan N.27 Simanggang bagi penggal 2009 / 2012 setelah mendapat lima pencalonan.

Kanselor Mostapha Haji Tugo pula telah menang tanpa bertanding untuk mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda yang disandang oleh beliau sebelum ini apabila Awang Ibrahim Awang Karim bertindak menarik diri untuk merebut jawatan berkenaan.

Jawatan Naib Ketua Cawangan PBB cawangan N.27 Simanggang bagi penggal 2009 / 2012 yang disandang oleh Sap anak Jumpu juga turut disandang oleh Kanselor Mostapha dan Agnes Ngata.

Bagi jawatan yang dilantik, Suhaili Haji Abang Abu Sammy masih memegang jawatan Setiausaha Cawangan untuk penggal 2009 / 2012 manakala Jubin anak Hilton Muda pula memegang jawatan penolong Setiausaha Cawangan itu.

Awang Ibrahim yang bertindak menarik diri untuk merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda pula dilantik sebagai Bendahara Cawangan dan Christopher Anyang pula dilantik sebagai Ketua Penerangan cawangan parti terbabit.

Sementara itu Julaihi Haji Bujang, Suhaimi Johan dan Ramlee Abdul Rahman pula dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa cawangan parti berkenaan manakala Ramli Abu Sera, Wan Othman Wan Alwi, Menor Emparang, Gilbert Untang Chendan dan Stephenary Bujang terus kekal dalam jawatankuasa terbabit menerusi proses pemilihan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment