Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 October, 2009

Pasukan BD juara Pertandingan Dart Terbuka Berpasangan 2009 Sri Aman

SRI AMAN, Jumaat (16 Okt) – Pasukan BD muncul juara Pertandingan Dart Terbuka Berpasangan 2009 anjuran Rumah Majlis Kebajikan dan Sukan Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Sri Aman..

Pasukan BD muncul juara setelah berjaya menumbangkan saingan pasukan LANDAS B menerusi set kemenangan 2-0 pada perlawanan akhir Pertandingan Dart Terbuka Berpasangan 2009 malam tadi.

Dengan kemenangan ini, pasukan BD telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM80 manakala pasukan naib juara iaitu LANDAS B pula berhasil membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM70.

Manakala itu pasukan SESCO A pula berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Dart Terbuka Berpasangan 2009 ini setelah berjaya menewaskan saingan pasukan MW.

SESCO A berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM40 setelah berjaya menduduki tempat ke-3 dalam pertandingan itu. Pasukan MW pula hanya sekadar membawa pulang hadiah wang saguhati bernilai RM30.

Terdahulu sejumlah lapan buah pasukan mara ke perlawanan suku akhir Pertandingan Dart Terbuka Berpasangan 2009 ini kelmarin antaranya ialah BD, C-T, Rubber, LANDAS B, Gaban, LANDAS A, SESCO A dan MW.

Pasukan BD dan MW mara ke perlawanan suku akhir setelah masing-masing muncul juara dan naib juara Kumpulan A manakala pasukan C-T dan Rubber mara ke perlawanan suku akhir setelah muncul sebagai juara dan naib juara bagi Kumpulan B.

Kemaraan juara Kumpulan C iaitu pasukan LANDAS B ke perlawanan peringkat suku akhir malam ini akan diiringi oleh pasukan naib juara iaitu Gaban manakala pasukan LANDAS A dan SESCO pula mara ke peringkat suku akhir pertandingan ini setelah berjaya memperoleh kedudukan juara dan naib juara Kumpulan D.

Pertandingan Dart Terbuka Berpasangan 2009 yang bermula pada 14 dan 15 Oktober ini telah berlangsung di Rumah MAKSAK Sri Aman di Jalan Kolam Air dari jam 6 petang hingga 11 malam.

Tamat.

No comments:

Post a Comment