Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 October, 2009

Manfaatkan MPPP ujar Rayong


Mugshot: DR JOHNNICAL RAYONG NGIPA

SKRANG, Ahad (18 Okt) – Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) Sarawak bakal memacu taraf hidup penduduk terutama sekali mereka tinggal dalam kawasan luar bandar di negeri ini khususnya dalam kawasan Engkilili, Skrang dan Lubok Antu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata penubuhan MPPP Sarawak oleh kerajaan telah membuka peluang terhadap penduduk untuk menceburi pelbagai industri pertanian dalam kawasan masing-masing.

“Paling penting ialah azam dan kemahuan penduduk itu sendiri untuk mengambil bahagian dalam rancangan pertanian yang disediakan menerusi MPPP di kawasan parlimen masing-masing selepas ini.

“Justeru saya mengalakkan penduduk di sini (DUN Engkilili) untuk merujuk kepada jabatan kerajaan yang berkaitan sekiranya mereka mahu terlibat secara aktif dalam rancangan pembangunan MPPP Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran bertempat di Rumah Pengiran Baloi, Skim Skrang, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman kelmarin.

Selain itu penubuhan MPPP di setiap kawasan parlimen secara tidak langsung telah menunjukkan usaha pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menaiktaraf hidup penduduk di kawasan dalam dan luar bandar negeri ini.

“MPPP merupakan salah satu langkah oleh pihak kerajaan untuk menaiktaraf hidup penduduk dan diharap agar perlaksanaan MPPP tersebut dapat mengubah masa depan hidup penduduk selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak, Pegawai Penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bagi Parlimen P2.03 Lubok Antu, Geoffery Baja Ricky Maba, Pembantu Luar Kanan JASA Engkilili, Edwin Ancheh, wakil jabatan kerajaan dan ketua kaum dalam daerah itu.

Rayong menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Rumah Pengiran manakala RM3,000 lagi untuk biro wanita rumah panjang berkenaan.

Terdahulu MPPP telah ditubuhkan di 222 buah kawasan Parlimen di Malaysia oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi merancang, menyelaras dan memantau projek pertanian di setiap kawasan parlimen yang melibatkan kakitangan kerajaan, ahli politik, dan Swasta / NGO.

Tamat.


No comments:

Post a Comment