Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 October, 2009

Majlis Ramah Tamah Raya di Kampung Baru Hulu, Betong meriah






Caption:

1.CERIA...Sebahagian daripada para penduduk yang hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Baru Hulu, Betong baru-baru ini.

2.MANTAP...Juara Pertandingan Battle Of The Band Fun Fair Sri Aman 2009 iaitu Double SE sedang mempersembahkan nyanyian lagu ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

by Edwin Raoh (Dato Sri)

BETONG, Selasa (6 Okt) – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Baru Hulu, Betong telah menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Kampung bertempat di Surau Darul Taqwa kampung berkenaan pada hari Sabtu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Wan Boehana bin Haji Wan Omar berkata majlis ini bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Hulu Betong dan kawasan berdekatannya.

“Menerusi majlis ini, kesemua pegawai kerajaan serta penduduk berbilang kaum dan agama dalam kawasan ini dapat sama-sama menikmati suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang telah disambut secara serentak di seluruh dunia pada 20 September lalu.

“Disamping memeriahkan lagi suasana sambutan majlis ini, pihak kami juga secara tidak langsung dapat mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih erat di antara penduduk di masa akan datang,” katanya menerusi siaran berita yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu Boehana juga yakin bahawa majlis ramah ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan perpaduan dikalangan penduduk berlainan kaum dan agama dalam daerah Betong khususnya di Kampung Hulu selepas ini..

Justeru pihak JKKK Kampung Hulu Betong menurut beliau berharap agar dapat terus mengadakan majlis yang serupa di tahun akan datang ke arah mencapai matlamat mengeratkan hubungan tali silaturahim di antara penduduk berbilang kaum di sini.

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Kampung yang berlangsung di Surau Darul Taqwa Kampung Hulu itu telah dirasmikan oleh Timbalan Residen Betong, Haji Pathi Haji Kerni.

Majlis yang turut dihadiri oleh para kakitangan kerajaan dan Ketua Kampung dari kampung Melayu di situ dimeriahkan lagi dengan persembahan Karaoke, persembahan lagu oleh kugiran Double SE dan cabutan tiket bertuah.

Tamat.



No comments:

Post a Comment