Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 October, 2009

Lihat pembangunan secara positif - Harden


Caption: MERIAH...Harden (kiri sekali) bersama tetamu undangan khas ketika sedang menyaksikan acara yang berlangsung pada majlis itu baru-baru ini.

pix by Patrcik Michael


SRI AMAN, Khamis (15 Okt) – Penduduk harus melihat secara positif terhadap faedah perlaksanaan projek pertanian oleh kerajaan yang dijangka mampu menyumbang ke arah pembangunan kemudahan infrastruktur di kawasan masing-masing.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis berkata perlaksanaan projek pertanian oleh kerajaan atau secara usahasama dengan syarikat swasta boleh menaiktaraf hidup penduduk dari segi kemudahan jalan raya, bekalan air bersih, eletrik dan lain-lain bentuk kemudahan asas.

“Sepatutnya tidak ada sebab bagi penduduk untuk tidak bekerjasama dengan kerajaan dan syarikat swasta bagi membangunkan tanah mereka menerusi perlaksanaan projek pertanian.

“Ini kerana perlaksanaan projek pertanian terhadap tanah penduduk bukan sahaja memberikan faedah pembangunan terhadap mereka malah secara langsung meningkatkan lagi tahap pembangunan di kawasan luar bandar itu sendiri,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui media sebaik sahaja selesai merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran 13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Pakit Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu kata Harden penduduk luar bandar juga mempunyai peluang untuk mempertingkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi keluarga masing-masing dengan melibatkan diri dalam projek pertanian komersial atau lain-lain projek pertanian yang bakal dilaksanakan.

Justeru Harden berharap agar para penduduk tidak melepaskan peluang masing-masing untuk melibatkan diri dalam projek pertanian yang disediakan oleh kerajaan di negeri ini demi faedah pembangunan.


Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai Memerintah 13 RAMD Kem Pakit, Leftenan Kolonel Nahar Azmi Mahmud bin Ahmad, para ketua jabatan serta ketua kaum dari daerah ini. Beliau menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM 5,000 kepada kelab Golf kem Pakit dan RM5,000 lagi kepada Persatuan BAKAT Kem Pakit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment