Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 October, 2009

Lebih 2,000 penduduk meriahkan majlis raya di sri aman




Caption:
1.INGIN TAHU...Pehin Sri Taib sambil diiringi oleh Hajah Simoi (belakang) sedang meninjau salah satu gerai juadah makanan dan minuman ketika berlangsungnya majlis.

2.MERIAH...Antara pengunjung yang hadir pada majlis tersebut.

SRI AMAN, Selasa (13 Okt) – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009 yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih 2,000 orang pengunjung mulai jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari ini.

Rata-rata para pengunjung terdiri daripada kakitangan kerajaan, ketua kaum, pelajar sekolah dan orang awam yang sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis anjuran Jawatankuasa Perayaan Islam Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan N.23 Lingga.

Kesemua mereka yang hadir berpeluang menikmati jamuan makanan dan minuman yang disediakan oleh 12 buah gerai dari jabatan, persatuan dan badan bukan kerajaan dalam bandar ini pada majlis itu.

12 buah gerai terbabit adalah JKR, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Bandar Sri Aman, Pejabat Pelajaran Daerah,Mahkamah Rendah Syariah, Ketua Wanita PBB Lingga, KEMAS, MDSA, Jabatan Pertanian, Jabatan Tanah dan Ukur, Polis Diraja Malaysia, Amanah Saham Nasional Berhad dan Pejabat Daerah.

Disamping menikmati jamuan di gerai berkenaan orang ramai juga berpeluang untuk melihat secara lebih dekat wajah pemimpin mereka iaitu Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang hadir bagi merasmikan majlis tersebut.

Terdahulu Gerai Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Bandar Sri Aman dinobatkan sebagai johan pertandingan gerai terbabit dan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM400.

Kedudukan tempat ke-2 telah disandang oleh Gerai Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman yang sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300 manakala pemenang tempat ke-3 iaitu Mahkamah Rendah Syariah Sri Aman membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani Abdul Karim dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Larry Sng, pengerusi majlis, Hajah Simoi Haji Peri dan para wakil rakyat di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment