Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 October, 2009

KPDNKK Sri Aman buat 3 tangkapan kes langgar SKH sempena raya


Mugshot: WAN ROSLAN ESMANTO WAN JOHARI

SRI AMAN, Khamis (8 Okt) – Sebanyak tiga buah tangkapan dibuat semenjak Skim Kawalan Harga (SKH) bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri dikuatkuasa bermula dari 13 hingga 27 September lepas.

Ketua cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) Bahagian Sri Aman, Wan Roslan Esmanto bin Wan Johari berkata tangkapan ini dilakukan menerusi pemeriksaan mengejut oleh pihaknya pada 16 September lalu di Meludam, Pusa dan Beladin.

“Kes tangkapan pertama adalah membabitkan seorang peniaga di Beladin apabila beliau hasil pemeriksaan mendapati bahawa peniaga itu gagal meletak tanda harga pada jualan barangan kawalan yang termaktub di bawah SKH itu.

“Manakala itu kes tangkapan kedua pula dilakukan di Meludam apabila seorang peniaga di situ meletakkan nilai harga pada barangan kawalan melebihi harga maksimum syiling yang termaktub di bawah SKH,” katanya.

Kedua-dua kes yang berlaku di Meludam dan Beladin ini menurut beliau telah disiasat di bawah undang-undang Akta Kawalan Harga 1946 yang mana tertuduh boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 hingga RM7,500 jika disabitkan bersalah berhubung perkara ini.

Sementara itu kes tangkapan ketiga pula menurut Roslan dicatatkan berlaku di Pusa apabila seorang peniaga didapati menjual barangan kawalan di bawah SKH terbabit tanpa lesen.

“Jika didapati bersalah, tertuduh ini boleh dikenakan kompoun tidak melebihi RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah melanggar akta terbabit.

“Bagaimanapun ketiga-tiga kes tangkapan yang membabitkan penguatkuasaan SKH bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 16 September lalu ini masih lagi dalam siasatan pihak kami,” menurut beliau.

Tamat.


No comments:

Post a Comment