Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 October, 2009

Kita akan fight pembangkang habis-habisan - Jabu

BETONG, Isnin (5 Okt) – Kerajaan Negeri akan bekerja keras untuk menentang pihak pembangkang di negeri ini demikian menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.

Ini kerana pihak pembangkang seperti Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demoktarik (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) menurut beliau dilihat sebagai penghalang utama tranformasi pembangunan di negeri ini.

“Ia terbukti pada 10 Oktober 1996 dahulu apabila pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Kanowit yang didalangi pihak DAP bangkit menentang usaha kita untuk membangunkan tanah NCR mereka bagi tujuan pembangunan.

“Pembangunan tanah NCR dilihat sebagai salah usaha untuk membangunan hidup penduduk di kawasan luar bandar namun kehadiran pihak pembangkang tersebut telah menyebabkan usaha kita terganggu,” menurut beliau.

Jabu yang Timbalan Presiden II PBB berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan PBB bertempat di Dewan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di Betong hari ini.

Selain itu beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar turut mendedahkan sikap ‘kurang baik’ pihak pembangkang terbabit apabila PKR datang ke Sarawak dan tidak menghormati adat resam penduduk di sini.

“Atas sebab ini PBB sebagai tulang belakang kerajaan akan menentang habis-habisan pihak pembangkang demi memperjuangkan nasib hidup penduduk di negeri ini,” menurut beliau.

Jabu pada majlis itu turut mengumumkan usul secara sebulat suara pihak PBB yang mahukan Pehin Sri Haji Abdul Taib kekal tanpa bertanding untuk jawatan presiden parti itu pada Mesyuarat Agong PBB pada masa akan datang.

Majlis yang dirasmikan oleh Pehin Sri Taib selaku Ketua Menteri turut dihadiri oleh Timbalan Presiden I, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg, Naib Presiden Kanan, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Douglas Ugah Embas, Setiausaha Agong, Dr Stephen Rundi, para ahli Majlis Tertinggi PBB, ketua cawangan, para menteri dan menteri muda serta wakil rakyat di sini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment